Reviu: Tropicana The Musical

Salam semua!

Malam semalam (14/4/17), saya ke Capitol Theatre buat pertama kali untuk menonton Tropicana The Musical! Sebuah muzikal yang membawa kita kembali ke zaman 60-an di mana perkara-perkara di mana masyarakat Melayu tidak harus libatkan diri begitu berjaya seperti Tropicana Theatre-Restaurant & Niteclub yang dibuka oleh mendiang Encik Shaw Sung Ching.

Diarah oleh Beatrice Chia-Richmond dan ditulis oleh penerima cultural Medallion, Haresh Sharma, muzikal ini mengisahkan impian Singapura yang ingin mengukir nama di pentas antarabangsa.

Barisan pelakon yang menjayakan muzikal ini juga hebat-hebat belaka! Brendon Fernandez, Mitch Lagos, Sharda Harrison, Audrey Lui, EBI SHANKARA, Rizman Putra, JOSHUA LIM, LIM YU-BENG, Seong Hui Xuan, KAREN TAN dan…

SITI K!!!!

LOL LET ME BE BIAS AND SHOW HER ONLY COS SHE’S MY THEATRE GODDESS.

Secara keseluruhan, saya amat menyukai muzikal ini kerana ia menceritakan nilai-nilai seperti mencapai impian, keazaman, cinta, pengorbanan serta isu-isu politik seperti perkauman, undang-undang yang kurang munasabah pada zaman 70/80-an, censorship, konservatisme vs liberalisme dan lain-lain.

Lagu-lagu yang didendangkan dalam muzikal ini juga membuat setiap penonton ketagih akan lagu-lagunya macam menghisap ganja 😉 Kudos kepada komposer Julian Wong dan lyricist Joel Tan!

Saya paling suka apabila watak Pinky menyanyikan lagu Rasa Sayang kerana ia merupakan lagu yang simbolik di mana dirinya inginkan kasih sayang antara satu sama lain padahal rusuhan sedang berlaku di luar Tropicana.

Sebuah muzikal yang berwarna-warni, menarik dan menakjubkan, menyesal kalau tak tonton! Tiket-tiket masih boleh didapati di Sistic!

Ok satu perkara saya tak senang apabila menonton adalah synchronisation of the dancers!!! Tak begitu together omg whyyy ;(

tropikana

– Pengkritik Sandiwara

p.s.

Semasa menonton it kinda mengingatkan saya mengenai Bunga Tanjong lol but this is Bunga Tanjong w SEKS. Jalan cerita pun agak serupa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s