Salam sejahtera, para pembaca setiaku yang sihat lagi riang!!
Hari ni I nak kongsi dengan uolls sikit. Dengar-dengar sebuah pementasan yang memenangi Straits Times Life! Theatre Award for Production of the Year (Readers’ Choice) pada 2013 akan kembali buat kali kedua!!!1!!!1111!!!
La Cage Aux Folles yang dibintangi oleh Pengarah Artistik W!LD RICE, Ivan Heng, memainkan watak Albin, seorang JANTAN by day tetapi bertukar wajah menjadi Zaza, seorang PENGHIBUR CABARET pada waktu malam!!!! ASTAGHA APA NI!!!
Selain itu, Sean Ghazi, yang setelah 19 tahun tidak berkecimpung dalam teater Singapura, akan memainkan watak sebagai George (pasangan Albin). Hossan Leong pula akan memainkan watak sebagai Jacob serta Claudine. Nampaknya banyak unsur “bertukar wajah” ya.
Bukan itu sahaja, Aaron Khaled dan Erwin Shah Ismail juga turut terlibat dalam pementasan ini! Yes, our favourite boys from Interns. Kalau rindu mereka, anda harus harus harus menonton pementasan ini!!!
So cerita dia macam gini: si Jonathon (Aaron Khaled) aka anak si George ni nak kahwin dengan anak Encik C.K. Tan, seorang ahli politik yang konservatif macam nak rak yang ingin menutup pusat-pusat hiburan malam haram kejadah ni semua. So agak-agak korang (aka Melayu berfikiran kolotz) perkahwinan antara dua keluarga ini akan berlaku ke tidak eh..?
Kalau nak tau, pergilah beli tiket ya dan tonton 😉 Klik di sini untuk menempah tiketnya ya. Ia akan berlangsung dari 19 April hingga ke 13 Mei.
Saya pasti pementasan yang penuh glamour ini will be…
– Pengkritik Sandiwara
[…] previu untuk mengelak […]
LikeLike