Salam Julai, semua! Wow, dah hari-hari terakhir Ramadan. Dah cukup pahala ke belum? Kalau belum, bagus. Kita tambah dosa. Mari baca blog saya ni.
Kali ini saya akan mengupas drama gila yang semakin rumit dan tak masuk akal sebab ia Dari Konek Ke Mulut, Kemelut.
Pada episod lepas, kita lihat bahawa Sofi mula sembuh dari kemurungan dan ingin berbaik semula dengan ayahnya, Rusdi. Macam nak kembalikan perhubungan keluarga yang dahulunya wujud dalam rumah itu. Namun, Sofi terdengar Rusdi berbual dengan seorang wanita bernama Nadia di telefon. Sofi akan terus buruk sangka terhadap Rusdi atau akan lupakan sahaja dan fikir yang positif? Kita juga dapat lihat kemunculan watak Tosh (let’s give him a typical Chinese name ie Ben, sebab saya tak tau nama watak dia lol) dalam hidup Sofi. Siapakah dan apakah tujuan Ben? Adakah dia pengganti Ryz dalam hidup Sofi yang mampu mengubati hati Sofi? Bagaimana pula dengan Ammar?Adakah perhubungannya dengan Syaza akan bertambah bermasalah dengan adanya Zahid antara mereka? Zahra pula? Mampukah dia menangani bisnesnya dengan masalah di rumah? Mamat Batam tu pulak… Apa cerita? Rusdi dengan “anak angkat”nya si Nadia tu.. Apa hal? Anak sendiri kat rumah tak terjaga. Hmm… Jom kita lihat.
Episod 8

Dia tak buat laporan polis ke? Rusdi pun satu sak. Asyik bagi duit je. Pergi mintak PPO ke apa.

Hmm… Kalau gitu jangan amek.

Oh… Ni semua lakonan rupanya. Tapi… Diorang rancang untuk bertembung dengan Rusdi kat pantai haritu ke? Atau ini semua kebetulan?

Err… Ni dah macam lain sak. Dia horny ke?

Gembira ke ghairah? What kind of relationship is this sak.

Zahra agak cemburu/marah kerana Rusdi masih menerima mesej walaupun sudah lewat malam. Dia tidak mahu menuntut cerai kerana ingin mereka bersama demi anak-anak dan juga reputasi. Rusdi menafikan segala tuduhan. Pada masa yang sama, Rusdi juga menasihati Zahra untuk tidak berbisnes di Batam kerana mungkin akan tertipu. Zahra pun jawab dia lebih rela ditipu orang luar daripada suami sendiri. OUCH.

Ammar cuba memujuk Zahra untuk menerima Syaza namun Zahra berdegil. Ammar juga cuba meyakinkan Zahra bahawa Rusdi selama ini telah melakukan banyak perkara untuk berubah kerana ingin menyatukan keluarga mereka. Zahra tetap dengan pendiriannya.

Banyak masa Rusdi ni. Asyik jumpa Nadia untuk belanja makanlah, kasi duitlah, carikan kerja lagi you!

Nadia memberitahu boyfriendnya bahawa Rusdi akan mencarikannya kerja namun boyfriendnya menghalangnya daripada bekerja. Ini kerana dia nak makan duit senang je. URGH. Nadia seolah-olah rasa serba salah dan tidak melakukan kerja bodoh ini lagi.
Kalau boyfriend dia nak, pergilah cari sugarmummy!!!! Bukannya susah sangat.

Rusdi berjumpa dengan sahabatnya yang menginap di jeti. Eh… Ni kau tak bagi duit ke? Kesian dia tinggal dalam khemah. Tapi ok lah dah upgrade dari 1-room kepada 2-room. Dia mintak nasihat yadayada.

Zahra ke Batam tanpa pengetahuan rakan bisnesnya. Apa dia buat di Batam tu..? Dengan mamat Batam lagi. Hmm…

Rakannya menelefonnya kerana mendapat berita bahawa Zahra ada di Batam. Suspusi.
(Harap ke halaman glosari untuk mencari makna suspusi)

Room service ke… I wanna be served?

Oh… Dia nak mulakan bisnes sendiri tanpa rakannya? Jahat. Padahal rakan dia yang meyakinkan dia untuk berhenti kerja dan menjadi rakan bisnes. Abeh dia nak mulakan bisnes sendiri.

What is this sak. Dah macam sinetron Indon!!! Mentang-mentang bini ke Batam.

Eh? Mengandung ke? Oh tak, sakit perut je.


MEREPEK SAK SURIA. Patutkah saya bersangka buruk atau baik? Sebab adegan ini tunjuk mamat Batam dengan Zahra abeh kamera terus ke pasu-pasu. So??? Diorang beryoohoo ke tidak????

Mereka dua beradik mengadakan sesi refleksi.


Eh? Konfiden benar si pakcik ni. Ammar ni dengar je? Buat lah sesuatu!!

Setelah pulih, Sofi mula bekerja balik seperti sedia kala. Alhamdulillah.

Cinta berputik lattew.

Sofi memberitahu Ben bahawa dia sedang melalukan projek mengenai fesyen para skaters. Dia memerlukan pertolongan Ben kerana ingin membuat kajian mengenai skaters.

Rusdi berjaya mendapatkan interviu untuk Nadia. Nadia macam taknak tapi Rusdi suruh goje.

LOL rejected.

Rusdi mengajak Nadia beli-belah untuk beli pakaian kerja.

OH NO
Apakah yang akan terjadi kepada keluarga ini? Mereka baru sahaja ingin menjadi keluarga ideal tetapi nampaknya perhubungan mereka akan kembali seperti dahulu. Tegang aja. Hais. Jom kita tengok episod 9 pula!
Episod 9

MUSTAHIL TAK NAMPAK SAK!!! Sebenarnya, saya rasa bapak memang gitu ah. Bila kat luar diorang tak perasan anak mereka. Tapi kalau mak, 1km jauh dah pekik nama kita.

Ammar terdengar perbualan ayahnya. Ayahnya segera keluar rumah untuk berjumpa Nadia. Ammar rasa curiga.

Astagha. Mereka beryoohoo!!!

The guilt after sex. Ok, lah. At least si dekni menyesal dan sedar dosanya. Dia kata suami dia cheat on her tapi dia sendiri buat kerja yang sama!!

Kajian Sofi semakin berjaya. #SofiSoFuckedUp kepada #SofiSoFixed

Menyampah sak Ben ni.

Eh? Kau yang terhegeh-hegeh nak balik abeh kau taknak balik. Rindu mamat Batam konon.

Ingatkan dia masak seh. Bagus eh dia dah jadi #SofiSoFixed. Sememangnya, saya rasa Sofi sepatutnya menyatukan keluarganya kerana dia yang memburukkan keadaan. Ingat lagi apabila mereka di Turki tapi dia taknak jalan-jalan pun? #Rude

Mak dia reluctantly duduk bersama mereka untuk makan makanan yang dibeli Sofi.


Eh eh Ammar ni. Penat pergi je lah makan. Biar penat sekali gus.

Pemalas sak si Nadia ni. Kenapa penuh negativiti?


Huh… Jadi bendahara je bermakna akan terima pinangan ke? Teruskan mimpi, wahai bapak Zahid.

Bohong ah kalau Syaza tak perasan Ammar di belakang tu.

Ammar ingatkan Syaza bahawa Ammar masih inginkan dia.

Geli.

Menyampah sak terpegang segala!!!!

Yuck la hahahaha. Anyway, mungkin saya dah katakan komen ini di post sebelumnya. Kenapa drama kalau babak sarapan pagi, pasti akan keluarkan semua roti dan letak di atas pinggan? Bazir.

Dia sedar tak apa dia cakap? Dia seolah-olah berkata dia rela kalau cinta ni tepk sebelah tangan. Kau fikir ni tarian ke?

Ammar berjumpa pakcik dan makciknya untuk minta masuk meminang Syaza. Tanpa pengetahuan Zahra.



Rusdi memberitahu Nadia bahawa dia dapat kerja yang haritu. Rusdi juga menghadiahkan Nadia sebuah komputer riba. (saya pun nak untuk Uni. Somebody taja saya pls) Nadia sangat bersyukur.

Boyfriend Nadia tidak mahu Nadia kerja. Dia hampa yang Rusdi tak bagi duit. Mujurlah Nadia menyembunyikan komputer riba. Kalau tak, boyfriend dia dah jual seh.

JENG JENG JENG. Ammar kata dia nak berdikari. Rusdi juga kata cinta tidak boleh dihalang. Wow. Dah macam Romeo Juliet. Wait. Diorang mati ke?

Mereka mendapat berita bahawa Ammar akan hantar wakil untuk masuk meminang. Tengok betapa gembira Mak Syaza. Senyum kambing.

Mereka berjumpa dan berbaik semula.
Diorang asyik filmimg kat tempat ni je.

Wakil membawa cincin tanda.

EH MAK DIA? TADI SENYUM, NI… APA SAK.

Hais apa nak jadi?!
Mak Syaza masih butt hurt pasal perangai Zahra ke? Padahal Ammar dah datang rumah dan jelaskan keadaan kan? Oh wells. Bagaimana agaknya reaksi Ammar apabila terdengar berita ini? Rumahtangga Rusdi dan Zahra pula bagaimana? Adakah mereka akan tetap berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi? Akankah Zahra melawat Mamat Batamnya lagi? Nadia pula bagaimana? Akan terperangkap dalam kelaziman boyfriendnya?
Saksikan episod seterusnya hanya di SURIA.
Sebelum terlambat…
SELAMAT HARI RAYA MAAF YE AMPUNKAN SEGALA BAHASA KESAT DAN GILA-GILA SAYA YA WAHAI PEMBACA SETIAKU LAGI LAWA DAN KACAK DAN SEKSI
Kalau taknak maafkan tu kau punya pasal la siak.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

[…] pengemis pun dia bersuara macam kartun. Si dektu selalu jadi pengemis/orang miskin ke? Dalam drama Kemelut pun, Farhana pun. Memang […]
LikeLike
[…] Jika anda belum membaca reviu sebelumnya, sila klik di sini. […]
LikeLike
[…] Kemelut […]
LikeLike