Kemelut: Episod 2 & 3

Salam Isnin, semua! Yay kerana ada entri yang bakal menghalau kebiruan Isnin anda. Anda tahu anda memerlukan saya untuk menceriakan hidup anda. Kali ini, saya akan mengupas drama yang tidak begitu dramatis kerana ia berat dengan unsur-unsur realisme dan isu-isu keluarga, masyarakat dll. Drama apa? Drama Dari Konek Ke Mulut!

Episod lalu, Zahra terpekik entah kenapa. Ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam episod 2 dan 3!


Episod 2

IMG_4231

Rusdi jatuh. Jatuh sebab Tuhan nak bagi petunjuk. Sebab mahligai dia hampir runtuh. Tu pun tak endahkan alamat…

IMG_4232

Ammar menelefon Sofi untuk memberitahu tentang ayah mereka. Tetapi Sofi malas nak angkat sebab baru habis sek. Masih ada suara pasca-orgazma.

IMG_4233

Tetapi bila kawan telefon, dia jawab. Hairan betul. Si Ryz ni terlalu mengawal Sofi eh? Padahal boyfriend je. Kalau dah jadi isteri, aku rasa suruh dipakai niqab.

Pihak produksi tak consult linguist (aka me in the future) atau slang expert (also me in the future) ke? Istilah “Bae” digunakan untuk refer to someone yang kita sayangi sebab ia bermaksud Before Anything Else. Tetapi, kita tidak memanggil orang itu “bae” di depan mukanya.

Sebagai contoh, perkataan “dog”. Awak pasti akan memberitahu orang, “this is my dog”. Tetapi, anda tidak memanggil anjing awak sebegini “dog, fetch!” Awak panggil anjing awak dengan panggilan manjanya aka “Cookie” ke apa.

Soalan Bonus: Siapakah BAE awak? Bae saya semestinya Allah kerana Before Anything Else semestinya tuhan ya. AllahuAkbae.

IMG_4234

Eh? Ye la, sebelum kahwin dah jadi tanggungjawab kau. Kalau dah bunting? Nak tanggung? Perangai Tanggang!

IMG_4235

Rusdi tetap ingin ke kerja walaupun diberi cuti sakit. Ini namanya bodoh.

IMG_4236

Rakan Zahra mengajak Zahra ke batam untuk berfoya-foya dan mencari sugarboys.

IMG_4237

Ammar ke rumah Syaza kerana keluarganya ada majlis kesyukuran buat adiknya yang berjaya ke universiti (so me wth). Semua orang dah balik tapi Ammar je yang bodoh masih kat sini abeh kenek soal jawab pasal rumah la apa la merisik segala keluar.

IMG_4238

Ammar diajak solat sembahyang berjemaah. Awkward. Ini juga kisah benar ya. Agak tipikal di mana seseorang dari keluarga berada tidak begitu mahir dalam bab-bab agama berbanding individu dari keluarga sederhana.

Jangan pedulikan pemberitahuan di atas pls saya malas nak edit or what.

IMG_4239

Bapa Zahid cuba menghasutnya untuk memikat Syaza walaupun tahu bahawa Syaza sudah ada kekasih. Ini namanya bisikan BAPAK SYAITONNE.

IMG_4241

Syaza meminta maaf kerana dia tidak boleh jadi macam gf lain. Harus pulang rumah awal dan sebagainya kerana keluarganya masih konservatif. Ammar tak kisah. Malah, dia suka kerana ia menunjukkan bahawa Syaza mementingkan keluarga.

IMG_4242IMG_4243

Ryz gila.

IMG_4244

Rusdi terkejut melihat Zahra mengemas beg. Zahra memberi alasan bahawa dia ingin bercuti kerana cuti di Turki tu terbantut.

IMG_4248

Oleh kerana isteri di luar Singapura, Rusdi pun berpesta di kelab malam. Tetapi dia rasa janggal ah sebab dipaksa.

IMG_4250IMG_4251IMG_4252

Oh no! Macam mana ni? Cepat la lompat dari tingkap ke. Sembunyi bawah katil ke. Oh tidak, step buat sesuatu di meja komputer. Idea yang bagus.

IMG_4253

Bodoh namanya. Boleh sembunyi, tanak sembunyi. Ngok. Ada pakai contraceptives tak? Tu penting. Abeh si Sofi boleh nak act innocent? Dia fikir bapak dia bodoh? Padahal diorang yang lagi bengap.


Episod 3

IMG_4339

Sofi pun memberi alasan bahawa Rusdi bertindak sebegitu kerana Rusdi memang benci akan Sofi. Erm..? Bapak kau nak lindungi kau dari benda bahaya la, ngok!!

IMG_4341

Sofi menelefon ibunya yang berada di Batam dan memberitahu bahawa ayahnya ingin memukulnya.

britney-confused

Mulai saat ini, kita sudah berada di Batam. Ini kerana watak Sofi dah macam watak jahat dalam mana-mana sinetron Indon. Dia akan senyum sinis kerana dalam fikirannya ada perancangan yang bakal memusnahkan keluarganya sendiri.

IMG_4342

Kesian Zahra. Percutian dia terbantut lagi.

Sofi nak bohong. Dia bohong dengan teliti. Selalunya orang bohong akan memberitahu perkara yang tidak patut diberitahu, kan? Zahra takde naluri ibu ke? Takkan dia tak boleh mengesan bahawa Sofi sedang menipu? Bodoh.

Setelah memberitahu bohong yang panjang lebar, Sofi menyedut milkshakenya dan pandang ke tepi sambil senyum sinis. Dia fikir Zahra tak boleh nampak senyuman syaitonne dia ke? What even!!!

IMG_4345

Rusdi terpaksa melayan rakannya dan wanita-wanita gedik ini.

IMG_4346

Tempat ni jual alkohol (special request) siak ah. Ni restoran halal ke bukan seh…

IMG_4347

Oh no. Bekas gincu di baju! Klisye tahap drama Mesyo. Tapi Rusdi tak sentuh wanita-wanita tadi pun. Wanita tu yang sentuh Rusdi.

IMG_4349

Huh? Jangan nak feeling!!! Diorang gaduh pasal diorang. Bukan pasal kau. Bodoh. Mak bapak gaduh dia suka? Anak apa ni. Dia dengan boyfriend dia boleh jadi batu la.

IMG_4351

Ibu Syaza yang warak tidak mahu Syaza memohon flat selagi keluarga Ammar belum datang merisik. Tambahan, dia tidak mahu orang ingat bahawa Syaza yang terhegeh-hegehkan Ammar. Perigi cari timba katakan. Tapi agama tidak menghalang… Kau tu tutsie, so kau patut lebih tahu pasal bab agama. Kalau aku mula tulis pasal Nabi Muhammad dah game over untuk kau sak.

IMG_4352

Mereka putus hubungan.

IMG_4353

Tetapi Ammar masih mahu ayahnya berbual dengan keluarga Syaza.

IMG_4354

Rusdi berbincang dengan Zahra. Tetapi Zahra tidak mahu berbual pasal hal itu kerana mereka juga ada masalah yang belum diselesaikan. Dia tidak mahu tambah masalah.

Erm… Hal Ammar dan Syaza bukan masalah. Pergi je rumah Syaza. Tu je. Ketepikan masalah peribadi jap. Mak jenis apa ni?

IMG_4355

Zahra ni merepek ke? Dia taknak menantukan Syaza sebab keluarga Syaza bukan sama darjat dan status. Zaman apa ni..? Dia fikir dia dari India ke nak ada caste ni semua?

IMG_4356

LOL. Ammar pun memberi ceramah sentap. Dia memberitahu bahawa keluarga Syaza hidup bahagia walaupun sederhana. Ouch.

IMG_4357

Ryz step gila nak mampos sak. Bawak BMW la, pakai coat la. URGH. Nak bawak pergi shopping konon. Abeh salam Zahra tak cium tangan tau, dia shake hand. ????? Gila ke apa? Dia dah murtad ke? Bodoh sak. Zahra nak menantukan budak ni? Pui la.

IMG_4358

Rindu ke? Pelik eh, kenapa setiap sesi latihan, Ammar ada di belakang?

IMG_4359

Pretentiousssssssss.


Bagaimana? Drama ini semakin belit. Saya amat keliru dengan watak Sofi. Kenapa dia ingin melihat perkahwinan ibu dan bapanya rosak? Dia gila ke? Dia semestinya memerlukan bantuan psikologi. Saya ingin tahu dia belajar hingga ke tahap mana. Dan dia belajar apa. Nampaknya dia seorang yang berpelajaran tinggi tapi macam bodoh je.

Saya amat kasihan dengan watak Ammar. Kalau ibu bapa saya tidak membenarkan saya bernikah dengan orang yang saya cintai, saya akan keluar rumah dan tidak balik lagi kot. Amat sedih kerana Syaza sudah break-up dan ada lelaki sedang tunggu dia. Pasti menarik ni.

Saya lagi kasihan dengan watak Zahra kerana percutiannya asyik terbantut. Mungkin dia harus ke Sahara Desert untuk mencari ketenangan.

Watak Rusdi pula memikul beban yang amat berat sekali. Ini kerana dia ingin melihat keluarganya bahagia, namun tidak tahu bagaimana ingin selesaikan masalah ahli keluarganya serta masalahnya sendiri. You’re in deep shit.

Saya berpendapat bahawa ramai di kalangan penonton dapat relate to this drama ah sebab ni semua masalah masyarakat Melayu ah. Saya juga dapat rasakan bahawa kehangatan drama ini baru sahaja bermula! So, I’m gonna keep watching!!

(Saya masih tidak faham konsep cinematography drama ini lol)

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Kemelut: Episod 4 & 5 | Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s