Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Diam tak diam, dah episod 6 eh drama Kisah Tok Kadi ni. Nampaknya kita bakal tahu siapa akan menjadi isteri Shahrul la~ Ataupun Shahrul nak jadi bujang tak laku eh? Hmm…
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi. Sama ada saya akan bertukar fikiran dan lompat kepada #TeamSiti? Hahahaha. Tetap on #TeamMaria dan #TeamHumairah
Kalau nak baca episod lepas, klik di sini!
Episod 6


Hahahaha. Maiza ni berbual pasal Shahrul tapi tak sedar Shahrul ada di situ je. Kelakar. Boleh eh orang sekarang pilih kadi melalui video serta reviews? Bukan ke kadi semua sama sahaja?

Isa rasa loya apabila terdengar kata-kata Maiza. Shahrul berkata dia akan jumpa rakan-rakan politekniknya, serta Mar, dalam reunion.

Ini Rashid. Bapa Maiza yang sepatutnya menjadi wali apabila mereka bernikah kelak tidak berhubungan dengan keluarga Maiza lagi. Rashid meminta pendapat Shahrul dan pertolongan Shahrul. Shahrul menasihati untuk cuba sedaya upaya untuk mencari bapa kandung Maiza.

Hmm… Siti ni selalu sempat mintak belas kasihan eh? Abeh ustaz pun selit nak bergurau..! Ustaz ni mentel pun tak bertempat.

Eh? Mak dia dah suka Siti ke..? Atau kasihan?

LOL.

Eh, ustaz kata cuma James Bond merisik. Abeh dalam episod 4 dia “melamar” orang Indonesia ni??

Hahahaha mnl mak dia.


Kawan dia mulut celuparrrrr.

Moga-moga jumpa setiap 2-3 saat ye, Maria?

Apabila di rumah, Shahrul sering tersenyum dan tersengih apabila membaca mesej di telefon. Rahmah pun kepo la nak tahu siapa yang mampu membuat anaknya senyum silu. Dia terus ambil telefon Shahrul dan membaca mesej dan juga melihat foto whatsapp! Kalau mak saya buat macam gitu, saya dah pekik intrusion of privacy!


Rashid dan Maiza pergi mencari bapa Maiza di tempat terkahir bapa Maiza tinggal. Mereka meletakkan poster untuk memberitahu orang ramai.

Secara kebetulan, Siti berada di situ dan memetik gambar poster tersebut dan muat naik ke Instagram. Hmm… Mana-mana ada Siti eh? Ambil gambar kahwin kat rumah usang. Zzzzz.

Tu dulu makcik. Dulu pun takde rumah HDB tapi kenapa makcik tinggal di rumah HDB? Argument is invalid.

Apabila Maiza menyebut tentang ayahnya, ibunya terus senyap dan buat bodoh.

Rashid cuba meyakinkan brothersnya untuk menjadi bestmennya apabila majlisnya nanti. Rashid mahu mereka melindungi barang-barang menggunakan muscles mereka. LOL. Kalau abang-abang ni ada, siapa nak pandang Shahrul masa pernikahan?


Bapak apa ni? Dah bagus anak cari kau kan. Memanglah Maiza diambil apabila bekas isteri kau ada hak menjaga Maiza tapi kau pun harus mengambil inisiatif untuk cuba menjenguk Maiza ketika dia kecil??? Kalau kau tak tengok dia semasa dia kecil, kau nak dia jenguk kau pulak?

Maiza merayu. Namun ibunya agak tegas. Ibunya kata kalau tanak datang boleh gunakan wali hakim hahaha.
Saya perasan watak yang Hashimah Hamidon mainkan selalu watak isteri/wanita yang tidak ada rumahtangga stabil hahaha. Contoh: klik di sini dan sini.
Hahaha dua-dua drama ada kene mengena dengan lampu.

Oleh kerana Rahmat dan Rashid kaki pancing, Rashid berjumpa Rahmat dan ajak berbual pasal pancing. Sempat Rashid jemput untuk majlis nikah. Oleh kerana nak pergi Batu Putih, Rahmat setuju.


Shahrul bertanya bagaimana Isa tahu isterinya itu merupakan jodohnya.

Cerita ini akan berlangsung selama 6 bulan lagi.

#sexist So much for #IWD2016

Mereka berdua sedang menilai perwatakan setiap wanita. Ini #TeamSiti

Ini pula #TeamHumairah

#TeamMaria. Eleh, boleh pe Maria buat buku lagi satu hahahaha.

Siti being Siti dia kata “cuba try”. Bodoh. Anyway, instagram post dia la yang membolehkan Maiza berjumpa ayah kandungnya.


Wow. Siti dah bertemu Maria! Situasi amat janggal ya.

Hahahaha muka macam tak suka je?

Humairah mendapat offer untuk bekerja di Hong Kong namun agak keberatan untuk tinggalkan Singapura…

Lol.

Humairah pernah putus tunang???

Oh no! Mana Rahmat? Dia tanak merahmati majlis ni ke?


Mereka semua segera ke rumah Rahmat.

Hahaha dia ada kat rumah. Dia taknak pergi. Kau taknak tengok anak kau bahagia???

Unnatural father apa eh? Hmm… Ustaz pun sempat berceramah.

Oleh kerana bapanya buat hal, swimming pool dah terbukak kepada awam. Tak dapat ekslusif treatment la.


Ni dua gay boy sedang berbising semasa upacara akad nikah Rashid dan Maiza. Mereka buat bising sebab nak mengurat abang-abang sado la, pengapit Rashid tuuuu…
Ekcili, tak salah pe? Diorang kat kolam renang nak berseronok. Korang je nikah tempat salah/kurang sesuai.


Hahahahaha wtf.

Soalan bodoh.

Kesian ustaz.

Kali ini ustaz tak ceramah pula. Ada voice over. Pelik, siapa yang dengar? Setakat penonton? Ustaz berbual pasal kesuaian tempat serta persediaan.

Uncle?? Ayah la!!!

Lakonan Nurul Akhmar!! Bagus ya. Eew Fauzie Laily punya muka???

I can’t @ Humairah for googling quotes and translating it to post on ig!!!!
Dah taknak #TeamHumairah lagi la hahahahaha wth??? Pretentious sak. Expected more from her.
Shahrul like terus kejung.

Akhirnya, mak dia sedar bahawa jodoh itu ketentuan Ilahi.

Aww… Sweet sak. Ni la yang boleh mencairkan hati para wanita yang menonton.
Dalam episod 6 ini kita dapat belajar bahawa sebagai manusia, kita harus cuba sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang kita mahu dan tidak seharusnya bergantung kepada next best alternative. Kita sepatutnya selalu fikir pasal best sahaja. Bukan itu sahaja, setiap aktiviti atau acara harus dilakukan di tempat yang sesuai untuk menghormati majlis tersebut. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan ya. Macam jodoh, huhu.
Saya juga dapat tahu bahawa Shahrul tak dapat booking banyak walaupun “femes”. Pelik.
Tapi… Siapa dia pilih eh? Entahlah. Aku tengok Maria macam nak. Siti macam menunggu. Humairah macam nak taknak. Stres. Tunggu je la eh. Lagi dua episod je.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

[…] Ustaz Yasin agak marah apabila ternampak gambar-gambar insiden minggu lepas di mana Shahrul menyelamatkan seorang bapok yang hampir lemas. Padahal bapok tu tak lemas pun. Ustaz […]
LikeLike