Siapa sangka lagu rock jiwang dan dangdut akan bergema di Stadium Tertutup Singapura semasa konsert Diva Nusantara baru-baru ini?
- Kembali setelah dua dekad
- Pembukaan memukau!
- Gandingan serasi bersama Hael Husaini, bagai dijampi
- Penonton padu
- Pengalaman 30 tahun terserlah
- Tribut lagu etnik
- Berjiwang di segmen encore
- Eh, kenapa takde merchandise?
- Hos kurang profesional
Itulah yang terjadi di konsert The Next Wave Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Kembali setelah dua dekad
Kali terakhir suaranya bergema di Stadium Tertutup Singapura adalah pada 2005. Dan 20 tahun kemudian, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kembali untuk mencipta sejarah sekali lagi di lokasi yang sama.

Malam Sabtu lalu, Sitizoners di Singapura pastinya terhibur dengan suara lunak Biduanita Malaysia itu yang telah menyanyikan lagu-lagu ikoniknya selama hampir 3 jam.
Pembukaan memukau!
Apakan tidak, Tokti membuka tirai dengan lagu pop rancak lagi mengasyikkan iaitu Jika Kau Tak Datang (nyanyian asal bersama Kris Dayanti) dan juga Indah Percintaan. Confirm-confirm lah penonton tak boleh duduk diam!
Tentunya beliau juga menyanyikan lagu-lagu ikoniknya seperti Kesilapanku Keegoanmu, Diari Hatimu, Kau Kekasihku dan banyak lagi.
Gandingan serasi bersama Hael Husaini, bagai dijampi
Bukan itu saja, pembikin lagu tersohor, Hael Husaini, turut turun padang untuk menyerikan lagi pentas Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore: The Next Wave, menggegarkan pentas dengan lagu Dirgahayu (nyanyian asal bersama Faizal Tahir).

Mungkin ramai penonton menyangka bahawa mereka akan mendendangkan lagu Anta Permana bersama kerana Hael pencipta lagu tersebut tetapi Tokti memilih untuk nyanyikan lagu Hael sebagai hadiah buat suaminya, Datuk K. So sweet!
Menurut Hael, ini merupakan pentas terbesar pernah beliau beraksi di negara ini. Hael rasa terharu dan besar hati dapat berkongsi pentas bersama Biduanita Malaysia.
Penonton padu
Meskipun konsert Singapura kali ini tidak sold out, ia tidak sedikit pun menjejas hype penonton yang begitu bertenaga dari mula hinggalah akhir konsert! Dengan light saber hijau yang diberi secara percuma, Stadium Tertutup Singapura seolah-olah diubah menjadi lautan algae malam Sabtu lalu.

Memang sorakan penonton mengasyikkan lagi suasana konsert di Indoor Stadium ini!
Pengalaman 30 tahun terserlah
Bukan Tokti lah kalau beliau tak buat penonton ketawa bersamanya. Melihat video serta interaksi selamba beliau bersama peminat memang geli hati sangat. Mungkin dalam dunia lain, Tokti sebenarnya seorang stand up comedian tau!
Beliau juga amat bersyukur dengan peminatnya yang sentiasa menyokong, dan melihat segelintir penontonnya yang kini sudah dewasa dan tetap menjadi peminat tegar.
Tribut lagu etnik
Konsert yang meraikan 30 tahun Tokti berkecimpung dalam industri hiburan ini diakhiri dengan segmen tradisional seperti konsert Tokti yang lain.
Kali ini, segmen Irama Melayu selalu menjadi penutup tirai ini istimewa sedikit kerana beliau menyanyikan lagu-lagu ciptaan Allahyarham S. Atan, seorang seniman asal Singapura.
Siti pun sempat berlenggok menyanyikan lagu Es Lilin. LURVE!
Berjiwang di segmen encore
Tapi kali ni, encore ada kejutan tau!
Lagu-lagu rock jiwang menjadi segmen encore. Mungkin ini untuk para suami yang telah menemani isteri mereka ke konsert ini? Atau memang Tokti tahu lagu-lagu ini memang vibe karaoke?
Konsert The Next Wave ini membuktikan bahawa gelombang Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sebenarnya tiada akhirnya. Peminat berbilang usia, dari merata dunia membanjiri stadium untuk menonton legenda tersohor ini. Itulah kuasa seorang Siti Nurhaliza!
Eh, kenapa takde merchandise?
Sungguh kekok rasanya pergi ke sebuah konsert di lokasi mega dan penuh gah tapi pengalaman konsert agak terbantut. Ini kerana menurut pihak penganjur, tiada jualan merchandise!

Bukankah salah satu unsur penting dalam pengalaman menonton konsert secara menyeluruh adalah dengan membeli merchandise sebagai tanda mata untuk mengingati tarikh bersejarah ini?
Nampaknya pihak penganjur Biz Trends Media serta pihak Siti tidak menitikberatkan hal ini.
Meskipun begitu, konsert tetap power lah, tak boleh dinafikan!
Jadi, bila lagi Biduanita Malaysia ini akan membuat konsert di Kota Singa ini?
Hos kurang profesional
Amat terkejut mendengar kata-kata hos Shahril Azhar sebelum mulanya konsert. Dia telah mengongsi perkara yang agak kurang selesa yang tidak patut dilafazkan di atas pentas.
Antaranya adalah isu “free hair” di mana menurutnya dahulu ramai yang free hair tonton konsert Siti dan 20 tahun kemudian, ramai yang sudah bertudung. Tambahnya lagi, kononnya sedang berada di acara syarahan…
Isu-isu kurang relevan seperti bola sepak (??? Read the room banyak peminat Tokti nyah tau) boleh simpan di perbualan peribadi bersama rakan-rakan. Please lah bila diberi peluang untuk mengacarakan acara sebesar ini, buat homework. Ketengahkan topik yang lebih relevan dan khas buat peminat Siti. Kan lebih elok?
Apa lagi dia bincangkan? Sebab min sempat dengar pasal tu je. Jom kongsi dengan Min.
Ini bukan pertama kali perkara sebegini berlaku, di konsert Ajai & Friends di Star Vista juga para hos bersikap kurang profesional.
