Sempena ulang tahun ke-40 perjalanan seni mereka, kumpulan rock legenda WINGS bakal menggegarkan Stadium Tertutup Singapura (Singapore Indoor Stadium) buat pertama kalinya dalam sejarah!
Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Biz Trends Media, penganjur yang sama membawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza ke Singapura menerusi konsert The Next Wave. Kali ini, mereka tampil dengan konsert mega bertajuk “4 Dekad Terbang Tinggi”, yang dijadualkan berlangsung pada 24 Disember, jam 8 malam.
Tiket akan mula dijual pada 28 Julai, jam 12 tengah hari, dengan harga bermula serendah $88 di lelaman Sistic.
Selama empat dekad berkarya, WINGS telah menghasilkan 20 album dan melahirkan deretan lagu ikonik seperti Sejati, Taman Rashidah Utama, Hukum Karma dan banyak lagi yang menjadi siulan generasi demi generasi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan WINGS beraksi secara live di pentas berskala besar, satu malam penuh nostalgia, tenaga, dan muzik rock yang tiada tandingan!




[…] Lagu-lagu rock jiwang menjadi segmen encore. Mungkin ini untuk para suami yang telah menemani isteri mereka ke konsert ini? Atau memang Tokti tahu lagu-lagu ini memang vibe karaoke? […]
LikeLike
[…] dua ahli kumpulan Wings telah keluar daripada band tersebut, konsert 40 tahun mereka yang bakal berlangsung di Singapura […]
LikeLike