Taufik Batisah sekali lagi bagi hint konsert akan datang!

Kemas kini (26 Jun):

Taufik Batisah sepertinya mendedahkan tarikh konsert pada 25 Oktober 2025, Sabtu.

Lokasi konsertnya masih belum diketahui. Kita tunggu maklumat lanjut!


Dah banyak kali Taufik Batisah beri ‘teaser’ kepada konsertnya yang akan datang tapi sampai sekarang, peminat masih menantikan pengumuman rasmi!

Advertisements

Pagi tadi, kecoh satu Temasek apabila Singapore Idol itu memuatnaikkan sebuah video di Instagramnya sambil mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Sesuatu Janji, Aku Bersahaja, I Dream dan banyak lagi.

Di akhir video itu, terdengar suara isterinya bertanyakan sama ada Taufik akan buat konsert.

Taufik menjawab “ada orang nak datang ke?” serupa dengan kapsyen yang ditulis di siaran tersebut.

Advertisements

Pada 2023, Taufik luahkan keinginan untuk membuat konsert dan SAH Entertainment memberi komen di siaran tersebut.

Di finale Gegar Vaganza 11, Taufik juga mengumumkan konsert akan datang.

Baru-baru ini, SAH Telegram Chat juga memberi sedikit bayangan:

gambar tangkap layar: SAH Telegram Chat

Kepada peminat Taufik, atau Fiknatics, yang dah tunggu lama, pastikan korang bersedia untuk beli tiket konsert solo Taufik bila SAH Entertainment umumkan butirannya!

Advertisements

Tinggalkan komen