Izat Ibrahim kekal di Top 3 di Big Stage Alpha

Meskipun kumpulan Alpha dirombak dan Izat Ibrahim kini beralih ke Alpha Ultra dari Alpha Prime, ini tidak sekalipun menghambat semangat Izat untuk terus melakukan yang terbaik di pentas Big Stage Alpha.

Izat meraih markah sebanyak 81.70%, menempatkannya di tempat ke-2 minggu ini.

Advertisements

Untuk persembahan solonya, penyanyi asal Singapura itu telah membawakan lagu berjudul Kasih Berubah nyanyian asal Ferhad yang diberi susunan segar oleh Hael Husaini, selaku juri tetap.

Gambar: Astro Gempak

Dengan kumpulan baharunya yang kini dianggotai Ray-D, Afiq Sky, Allan Anderson dan Awienit menyanyikan lagu Fantastic Baby, yang cukup bertenaga!

Gambar: Astro Gempak

Pada peringkat separuh akhir minggu depan, Izat akan membawa lagu idolanya Aina Abdul, Terus Hidup. Dengan kumpulannya, Alpha Ultra, dia akan dendangkan lagu Bang Bang Bang.

Advertisements

Minggu ini, Awienit tersingkir. Afiq Sky terselamat kerana juri menggunakan kuasa imuniti dan terpaksa menyingkirkan Allen Andersn.

One comment

Tinggalkan komen