Apabila mendapat tahu bahawa Rossa — atau lebih manja dikenali sebagai Teh Ocha — bakal mengadakan sebuah konsert mega di Jakarta, saya terus beli tiket tanpa fikir dua kali. No questions asked.
Kenapa begitu yakin? Sebab saya pernah menonton persembahannya di Singapura pada tahun 2023 sempena Another Journey: The Beginning tour dan saya benar-benar terhibur! Namun dalam hati, saya tetap sedikit iri melihat bagaimana konsert beliau di Indonesia dan Malaysia jauh lebih gah dan grand.
Dengan fanbase Pencinta Rossa yang jauh lebih besar di dua negara tersebut, Rossa mampu menyajikan konsert berskala besar — penuh dengan idea kreatif, penari latar yang ramai, prop yang gergasi, dan suasana yang lebih imersif serta menyeluruh. Jujur, saya pun teringin merasai pengalaman itu. Tak naklah tengok kat Bukit Bintang Temasek (Star Vista) je tiap kali!
Konsert mantap, penuh emosi
Konsert pada 23 Mei lalu di Indonesia Arena, Jakarta memang luar biasa! Penuh theatrics, busana yang menawan, visual yang memukau — betul-betul bagaikan satu teater muzik berskala pop.
Apa yang buat saya lebih teruja menonton konsert sold out ini? Barisan penyanyi jemputan gred A: Yura Yunita, Bernadya, JKT48, DJ Dipha Barus, Rimar, Jemimah, Awdella, Syarla… dan kemunculan Afgan sebagai kejutan! Gila tak best?


Saya menyanyi sekuat hati malam itu bersama ribuan penonton Indonesia yang tahu bagaimana untuk enjoy sebuah konsert. Aura mereka memang lain macam.
Dan korang tahu tak? Dalam konsert ini juga, seorang rakan Teh Ocha telah dilamar! Awww… sweet sangat!
Usaha murni tapi mesra alam ke?
Namun, di sebalik kemeriahan itu, ada sesuatu yang ingin saya ketengahkan.
Rossa menyatakan hasrat untuk menjadikan konsertnya sebagai satu wadah yang menyokong kesedaran alam sekitar — ala Coldplay. Misi mereka adalah untuk memupuk gaya hidup lestari: kurangkan penggunaan plastik, kitar semula, bawa botol sendiri dan sebagainya.
Tapi sayangnya… visi itu nampaknya belum benar-benar tercapai.
Masih ramai penonton yang membeli minuman dalam botol plastik walaupun telah digesa membawa botol sendiri. Malah, ramai juga yang membuang plastik merata dan tidak menggunakan tong kitar semula yang disediakan.
Paling aneh, setiap pembeli tiket menerima wrist band yang disimpan dalam sampul surat khas — setiap satu dengan stiker nama! Bukankah itu juga satu bentuk pembaziran dan penggunaan bahan yang tidak perlu? Ni bukan Greenwashing, ke?
Tapi… setiap langkah tetap bermakna
Walaupun ada kelemahan, saya tetap menganggap ini satu usaha yang mulia. Sekiranya setiap konsert di seluruh dunia memulakan langkah kecil seperti ini, lama-kelamaan ia boleh membawa kesan besar.
Rossa sudah memulakan satu langkah. Moga selepas ini, konsep konsert hijau bukan sekadar tema, tetapi satu pengalaman sebenar yang lestari dan berkesan.
Kepada yang ingin tonton Rossa, beliau akan mengadakan konsert Here I Am di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Jun. Dengar kata, DJ Dipha Barus juga ada. Termasuk Ernie Zakri, Ariel dan MK K-Clique!
Sama ada konsert ini akan jelajah Singapura belum pasti lagi sebab tiada pengumuman rasmi. Tapi di acara sidang media haritu Rossa dah cakap tau…


