Pesta Raya 2025: Siapa Salina sebenarnya?

Jadi… siapakah Salina sebenarnya?

Itulah persoalan yang bermain di benak saya setelah menonton pementasan Salina di Teater Dermaga Singtel minggu lalu, sempena Pesta Raya 2025.

Peliknya, meskipun judul karya ini mengambil nama seorang watak utama, watak Salina langsung tidak mendapat tumpuan sewajarnya sepanjang persembahan.

Advertisements

Ulasan ini berdasarkan pementasan, bukan novel

Sebelum saya teruskan dengan ulasan penuh, penting untuk saya nyatakan bahawa pandangan saya ini adalah berdasarkan pementasan Salina oleh Teater Kami — bukan karya asal nukilan A. Samad Said.

Saya belum berpeluang membaca novel tersebut kerana setiap naskhahnya sedang dipinjam di perpustakaan awam semasa saya mencarinya minggu ini.

Advertisements

Saya juga tidak akan menyentuh secara mendalam tentang nilai moral atau mesej sosial dalam pementasan ini. Isu seperti pekerja seks, eksploitasi anak oleh ibu bapa, dan seumpamanya sudah sering diketengahkan dalam pelbagai karya seni.

Kalau anda berminat untuk memahami isu-isu ini dengan lebih mendalam, saya sarankan untuk baca novelnya sendiri!

Barisan pelakon meletup!

Salah satu kekuatan utama pementasan ini ialah persembahan mantap daripada para pelakon. Masing-masing benar-benar menjiwai watak dan membawa penonton seolah-olah kembali ke zaman pasca-penjajahan Jepun di Kampung Kambing.

Gambar oleh Crispian Chan, ihsan of Esplanade – Theatres on the Bay
  • Zarina lakonan Rusydina Afiqah — setiap kali muncul, memang naik darah! Keberkesanannya dalam membangkitkan rasa benci membuktikan kekuatan lakonan beliau.
  • Salina oleh Ariati Tyeb Papar — sangat meyakinkan dan sesuai dengan watak tersebut. Namun sayangnya, ruang untuk Salina berkembang di atas pentas agak terbatas.
  • Hilmy (Rizal Aiman) dan Nahidah (Amirah Yahya) — gandingan mereka sangat serasi, membawa watak muda yang naif dan suci dengan meyakinkan.
  • Bulat — watak comel yang dimainkan oleh pelakon cilik, Muhammad Khairi. Muncul sekejap-sekejap saja, tapi cukup untuk mencuit hati penonton.
  • Fir Rahman membawa watak biawak hidup menerusi watak Abdul Fakar dengan begitu bersahaja
  • Watak Sunarto yang dihidupkan oleh Shahril Wahid pula saya rasa macam watak menarik yang kekurangan back story!!!
  • Watak Katijah, ibu Hilmy, yang dihidupkan oleh Suhaila M Sanif memang kena sangat! Very the typical mother melayu.
Advertisements

Kalau ada watak gempak, pasti ada watak yang… tak perlu!

  • Mansur, abang kepada Nahidah, yang dimainkan oleh Fandy A., boleh padam watak ni dan ia tidak akan menjejas jalan cerita Salina
  • Sama juga dengan Haji Karman (Rafaat Hj. Hamzah), watak warak worldprak
  • Razman (Adib Kosnan) pun??? DIA SEBENARNYA SIAPA? Tiber nak bagi nasihat kat Fakar??? BYE!

Set pentas realistik, tapi boleh lagi “oomph”

Reka bentuk set berjaya menghidupkan suasana kampung yang uzur dan tidak terurus — menggambarkan Kampung Kambing dengan baik. Namun begitu, saya rasa ia boleh ditingkatkan lagi agar lebih immersive dan memberi impak visual yang lebih kuat.

Advertisements

Pengakhiran yang tiber dan kurang memuaskan

Pengakhiran pementasan ini terasa terlalu mendadak. Saya difahamkan bahawa durasi asal pementasan adalah 2 jam, kemudian dilanjutkan — tetapi masih terasa tidak cukup.

Gambar oleh Crispian Chan, ihsan of Esplanade – Theatres on the Bay

Yang paling pelik, pendedahan sebenar tentang Salina hanya berlaku melalui voiceover di akhir pementasan. Sepanjang cerita, wataknya seperti diketepikan, bukan tumpuan kisah ini.

Tambahan pula, versi terdahulu yang dipentaskan beberapa tahun dikatakan berdurasi sehingga 3 jam. Mungkinkah kekangan masa kali ini menyebabkan kisah Salina tidak dapat digarap sepenuhnya?

Salina: watak judul tapi bukan fokus?

Ini yang paling mengelirukan. Untuk sebuah naskhah yang dinamakan sempena nama wataknya, Salina kelihatan seperti sekadar watak sampingan – macam afterthought. Saya secara peribadi lebih mengenali Hilmy dan Nahidah berbanding Salina sendiri.

Watak Salina hanya diketengahkan menjelang penamat pementasan. Kenapa Teater Kami tidak memberi lebih ruang kepada watak ini untuk bersinar? Banyak dimensi menarik yang boleh digarap jika dilihat melalui perspektif Salina.

Gambar oleh Crispian Chan, ihsan of Esplanade – Theatres on the Bay

Adakah ini disengajakan? Di mana kita melihat kehidupan watak-watak yang mewarnai kehidupan Salina, membuatkan Salina menjadi insan misteri?

Meskipun terdapat beberapa kekurangan dari segi penceritaan dan penekanan terhadap watak utama, Salina tetap merupakan sebuah pementasan yang menakjubkan. Dari segi lakonan, produksi pentas, dan emosi yang berjaya dibangkitkan sepanjang persembahan — semuanya membuktikan bahawa Teater Kami mampu menghasilkan karya bermutu tinggi yang menghibur dan menggugah jiwa.

Advertisements

Saya benar-benar puas hati menontonnya. Ia bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu pengalaman teater yang meninggalkan kesan mendalam, syabas kepada semua yang menjayakan Salina kali ini.

Namun, apabila tirai dilabuhkan, saya terus berfikir — siapakah sebenarnya Salina?

Advertisements

Tinggalkan komen