Dalami dunia tipu-tipu menerusi No Man’s Land oleh The Necessary Stage, mengikuti jejak empat orang jejaka mengemudi perjalanan kejantanan kontemporari yang sering bertukar.
Menerusi upacara kuno dan budaya jim moden, kesesakan warisan keluarga dan bayang-bayang eksploitasi seksual, para lelaki ini melawan sejarah peribadi dan rasa takut demi mencabar trauma dan kuasa yang diwarisi dan dikekalkan.
Mampukah mereka bebas daripada kebiasaan lama untuk mencari jati diri dan pulih?
No Man’s Land, arahan Alvin Tan dan Sim Yan Ying “YY”, sebuah pengalaman yang akan membuat anda menyoal percanggahan kejantanan. Di mana ketangkasan dan kelembutan bertembung, dan perubahan itu harus dan pada masa yang sama tidak menentu.
Dihidupkan oleh Michael Tan, Neo Hai Bin, Shahizman Sulaiman, Suhaili Safari, dan Vishnucharan Naidu, karya tulisan Danial Matin ini bakal berlangsung pada 12 hingga 15 June di Studio Teater Esplanade.
Anda boleh dapatkan tiket anda di lelaman bookmyshow. Lungsuri lelaman The Necesarry Stage untuk maklumat lanjut.


[…] antara persoalan yang dibongkar dalam pementasan No Man’s Land, karya Danial Matin terbitan The Necessary Stage, yang membawa penonton menyusuri isu-isu […]
LikeLike