Azula Cinta dah bertudung?

Semenjak tahun baru ini, kandungan di media sosial pempengaruh terkenal, Azula Cinta, kelihatan mengalami sedikit perubahan yang cukup ketara.

Ya, pempengaruh muda yang baru sahaja bernikah itu kini tampil dengan wajah baharu — bertudung!

Dalam video-videonya di TikTok, Azula kelihatan begitu anggun dan menawan, memancarkan aura manis serta penuh seri dengan gaya hijab yang pelbagai tetapi tetap sopan.

@azulacinta

slowly but surely everyone, don’t ever force yourself 🌷🩷

♬ original sound – audios

Para pengikutnya tidak jemu-jemu meninggalkan komen positif, memuji penampilan terbaharunya yang lebih ayu dan sejuk mata memandang.

Menariknya, arah tujuan kandungan videonya turut berubah sedikit dengan sentuhan kerohanian. Selain daripada video makanan dan gaya hidup yang sudah sinonim dengan jenamanya, kini terselit pesanan motivasi dan keagamaan yang mencerminkan perjalanan baharu dalam hidupnya.

Kami di Pengkritik Sandiwara mendoakan yang terbaik buat penghijrahan Azula Cinta. Semoga dia terus teguh dengan pilihan ini, kekal istiqamah, dan terus menginspirasikan ramai dengan personalitinya yang positif dan penuh keceriaan.

Tinggalkan komen