Tatu baru Nick Mikhail tanda cinta abadi King Coco

Jelas tertera “King Coco” di ibu jari mantan pelakon Singapura, Nick Mikhail membuktikan cintanya terhadap isterinya iaitu King Coco, seorang pempengaruh terkenal dari Malaysia.

Menerusi siaran Nick Mikhail di Instagram, tatu tulisan “King” dan “Coco” di jari ibu kiri dan kanan, difahamkan tatu baharu.

Nick berkongsi siaran itu dengan kapsyen “Ditanda seumur hidup.”

Agak romantis Nick Mikhail, kan? Semoga cinta Nick dan King Coco terus mekar seindah tatu itu – kekal dan tak pudar.

Tinggalkan komen