Aliff Aziz lahir semula tahun baru ini

Ditempa dalam api

Jatuh, tetapi tidak pernah pecah

2025

Inilah kebangkitan baharu saya.

Inilah kelahiran semula saya.

Itulah kata-kata penuh semangat dalam siaran Instagram terbaru Aliff Aziz (ditulis dalam Bahasa Inggeris).

Dengan perkongsian yang ringkas tetapi sarat dengan makna, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura ini tampaknya bersedia memulakan lembaran baru dalam hidupnya pada tahun 2025.

Mungkinkah ini petanda dia ingin meninggalkan segala kontroversi lampau dan terus maju ke hadapan?

Selain itu, semua kiriman lama di akaun Instagram Aliff — yang pernah menjadi perhatian kerana pelbagai isu peribadi — telah dipadamkan, menandakan permulaan yang segar dan penuh harapan.

Peminat setia dan rakan-rakan artis tidak ketinggalan memberikan kata-kata dorongan dan sokongan di ruangan komen. Semoga penghijrahan Aliff kali ini membawa keberkatan dan kegemilangan dalam kerjaya dan kehidupannya.

Apakah kebangkitan baru ini bermakna kita akan melihat lebih banyak projek lakonan yang hebat? Album baharu yang memukau? Atau mungkin perniagaan yang bakal meletup? Seorang ayah yang mithali?

Kami di Pengkritik Sandiwara mendoakan yang terbaik untuk Aliff. Perjalanan baru ini bukan sekadar soal melupakan masa lalu, tetapi tentang membina masa depan yang lebih cerah.

Siapa tahu, mungkin 2025 akan menjadi tahun keemasan buatnya. Amin!

Tinggalkan komen