10 Mei 2025 – tarikh Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 di Singapura

Siap sedia, warga Singapura!

ByAjai & Mega Friends 1.0 akan beraksi pada bulan lima!

Buat kali pertama, kita akan menyaksikan kehadiran ByAjai & Mega Friends 1.0 di tanah air kita.

Tarikh yang dinanti-nantikan? 10 Mei 2025 – jadi, tandakan kalender anda sekarang!

Lokasi pilihan adalah Bukit Bintang Temasek atau The Star Theatre seperti yang tertera di video Tiktok ini.

Terdapat juga pakej bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur.

Barisan friends yang hebat!

Berdasarkan sesi photoshoot, konsert ini akan menyajikan suara-suara hebat yang juga tampil dalam persembahan di Malaysia: Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip dan Hazama! Dalam konsert kali ini, Asmidar juga turut terlibat.

Bayangkan vokal memukau Dayang mendendangkan Seandainya Masih Ada Cinta atau persembahan bertenaga Hazama – memang tiada tandingan!

Namun, buat masa ini, tiket dan poster rasmi masih belum dikongsikan, dan nampaknya, para peminat perlu sedikit bersabar.

Mereka dah berikan sedikit teaser!

Sebenarnya, Ajai sendiri telah mengadakan sesi LIVE di TikTok tapi Min terlepas tengok! Jadi segala maklumat Min tak dapat lah kecuali apa yang Min dah nampak kat socmed.

Dayang Nurfaizah baru-baru ini berkongsi sedikit sebanyak photoshoot bagi konsert ini di Instagram, memberi kita sedikit ‘teaser’ visual bagi konsert ini.

Aina Abdul pun ada kongsi di IGnya bahawa barisan penyanyi itu menyambut hari jadinya semasa sesi photoshoot ini!

Jadi… kita tunggu je lah pengumuman rasmi daripada pihak Ajai, ye?

Tinggalkan komen