Nampaknya, peminat setia kumpulan rock akan gembira mendengar berita bahawa kumpulan legenda Exists bakal menghiasi pentas Konsert Galau pada 22 Februari 2025.
Kumpulan yang popular dengan lagu-lagu hit seperti Jesnita, Mengintai Dari Tirai Kamar, dan Alasanmu ini diumumkan sebagai artis ketiga oleh SAH Entertainment untuk barisan penghibur Konsert Galau The Finale.
Sekali lagi, ramalan warganet tepat dalam meneka artis-artis yang akan tampil di Konsert Galau The Finale. Setakat ini, Nidji, Fabio Asher, dan Exists telah disahkan sebagai sebahagian daripada barisan muzik hebat ini.
Dua lagi ramalan warganet belum lagi diumumkan. Iaitu Rossa dan Ungu.
Menerusi siaran Instagram pihak penganjur, kelihatan Ezad Lazim bakal menjadi vokalis untuk edisi kali ini.
Tiket bagi Konsert Galau yang berlangsung di Arena @ EXPO akan mula dijual pada 22 Oktober nanti di laman Sistic.


[…] tiket Konsert Galau The Finale, yang menampilkan kumpulan Exists. Sebagai salah seorang anggota Exists, Ajai tentunya bakal menyampaikan nostalgia lagu-lagu popular mereka yang terus dekat di hati […]
LikeLike