Bukan selalu kita dapat tonton pementasan Peranakan di Singapura, jadi bila dapat peluang untuk tonton tu, mestilah tonton, kan?
Berjudul Ada Kerak Ada Nasi atau ‘Consequences’, ia sebuah karya terbitan Gunong Sayang yang bakal diadakan pada 27 dan 28 September nanti.
Ada Kerak Ada Nasi menceritakan keluarga Tan di mana Li Li pulang ke pangkuan keluarga setelah 35 tahun bermastautin di UK.
Adik beradiknya, Li Choo dan Li Neo terkejut melihat kehadiran Li Li apabila anak Li Choo, Benjamin, bersiap-siap untuk berkahwin seorang gadis bernama Jasmine.
Apabila Li Li muncul semula dalam hidup keluarganya di Singapura, segala konflik lama kembali. Lagi-lagi konflik bersama ibu mereka Gan Guek Neo!
Adui… adakah kehadiran Li Li akan mengganggu majlis Benjamin dan Jasmine? Dan apakah tujuan sebenar Li Li kembali?
Dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris dan Melayu Baba, anda boleh saksikan Ada Kerak Ada Nasi di SCCC Far East Organisation. Tiket bermula pada harga $68 boleh didapati di Sistic.
Dapatkan tiket anda sekarang!
– Pengkritik Sandiwara

[…] sebab utama saya ingin tonton Ada Kerak Ada Nasi ini adalah kerana saya tak pernah tonton wayang Peranakan. Jadi, saya teringin sangat nak rasa […]
LikeLike