Sabtu, 12 Oktober 2024.
Itulah tarikh konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia yang akan berlangsung di Singapura.
Setelah 2 malam menghiburkan peminat di Plenary Hall, KLCC pada 9 dan 11 Ogos lalu, Ella mengumumkan tarikh konsert Singapuranya melalui Instagramnya beberapa jam yang lalu.
Tiket-tiket boleh mula anda dapatkan bermula Rabu, 14 Ogos, mulai jam 12 tengah hari di lelaman Hitman Solutions.
Tiket bermula pada harga $79 hingga $269. Tiket VIP termasuk Beg Penganjur Terhad, Lanyard, Poster yang ditandatangani dan Beg Merchandise.
Selain itu, anda juga boleh membeli merchandise serta Meet & Greet secara ‘ala carte’. Sesi bertemu ramah ini terbuka kepada semua pembeli tiket pada harga $89.
Bertempatkan di Bukit Bintang Temasek, penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu itu akan sekali lagi pulang ke tempat yang sama di mana beliau berjaya mengadakan konsert dua malam di Singapura tahun lalu.
Adakah sejarah mungkin berulang sehinggakan Ella akan tambah satu malam lagi di Singapura?
Agak-agak ada penyanyi undangan tak? Sebab kat Kuala Lumpur, ada Dayang Nurfaizah pada malam kedua!
– Pengkritik Sandiwara




[…] konsert Ella yang sepatutnya diadakan di Bukit Bintang Temasek pada tarikh yang sama, 12 Oktober, kini telah […]
LikeLike