Don’t Call Him Mr. Mari Kita sebuah muzikal wajib ditonton!

Lagu-lagunya tidak dimainkan lagi di corong radio, karyanya diberi begitu saja kepada karang guni.

Itulah nasib Pak Zubir Said yang ramai mungkin tidak tahu.

Meskipun dianggap sebagai seorang legenda, hakikat kisah penggubah Lagu Kebangsaan Singapura ini bukannya selalu dihiasi dengan kejayaan.

Menerusi muzikal Don’t Call Him Mr. Mari Kita oleh Wild Rice, penonton seolah-olah dibawa ke zaman Pak Zubir Said bermula berkecimpung dalam muzik di Singapura.

Segala pengorbanannya, kerja kerasnya, perhubungan keluarganya diceritakan oleh Julian Wong bersama penyanyi yang mengiringinya iaitu Hannah Nordin, Malcolm Lim dan Rohaniah Sa’id. Tidak lupa juga para pemuzik yang memberi nyawa kepada persembahan ini – Ryan Sim, Riduan Zalani, Leonard Mikhail dan Din Safari.

gambar: Ruey Loon

Sebenarnya, kalau awak nak tahu sangat tentang Don’t Call Him Mr. Mari Kita, belilah tiket dan tonton. Berbaloi sangat. Pasti akan berlinangan air mata tau!

Untuk dapatkan tiket kepada muzikal ini, anda boleh ke lelaman Wild Rice

Dapatkan tiket anda di sini!

Gunakan kod promo kami PSMARIKITAWR2024 untuk menikmati diskaun sebanyak 10% untuk tempat duduk Cat 1 & 2 bagi persembahan untuk hari Selasa, Rabu, Khamis pada 7.30 malam dan juga Ahad pada 2.30 petang.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Ruey Loon)

One comment

Tinggalkan komen