Don’t Call Him Mr. Mari Kita kembali tahun ini!

Sekiranya anda terlepas menonton Don’t Call Him Mr. Mari Kita pada tahun 2022, inilah peluang anda untuk mendapatkan tiket bagi edisi tahun ini.

Wild Rice akan kembalikan muzikal yang mengetengahkan karya serta kehidupan legenda Pak Zubir Said tahun ini dan difahamkan bahawa ini adalah edisi terakhir!

Ditulis dan dipersembahkan oleh Julian Wong, penonton dapat mengimbau kembali kehidupan Zubir Said dan kesan karyanya terhadap negara ini.

Persembahan arahan Ivan Heng tidak saja menceritakan perjalanan kerjaya penggubah lagu kebangsaan Singapura, tapi juga sejarah politik yang dialami pulau ini menerusi naik turun kerjayanya di negara ini.

Sekiranya anda mahu baca lebih terperinci lagi tentang muzikal ini, anda boleh baca ulasan kami di sini yang ditulis pada tahun 2022.

Pendek kata, ia sebuah persembahan yang anda tidak ingin lepaskan. Ia mampu mengolah rasa patriotisme melalui lagu-lagu yang disajikan. Yang penting, mesti bawa tisu!

Lagi bagus kalau uolls bawak kawan yang bukan Melayu untuk benar-benar memahami erti dan inti lagu kebangsaan kita – Majulah Singapura. Kerana tafsiran Julian dalam muzikal ini amatlah dalam, tepat dan berlapis.

Untuk dapatkan tiket kepada muzikal ini, anda boleh ke lelaman Wild Rice. Don’t Call Him Mr. Mari Kita bermula berdendang di Wild Rice pada 6 Ogos ini.

Dapatkan tiket anda di sini!

Gunakan kod promo kami PSMARIKITAWR2024 untuk menikmati diskaun sebanyak 10% untuk tempat duduk Cat 1 & 2 bagi persembahan untuk hari Selasa, Rabu, Khamis pada 7.30 malam dan juga Ahad pada 2.30 petang.

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen