Wali Band sambut ulang tahun ke-25 di SG

Wali Band akan kembali ke Singapura bagi ulang tahun mereka yang ke-25.

Menurut siaran SAH Entertainment, konsert ulang tahun ini bakal berlangsung pada 14 September di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).

Tahun lepas, konsert Cari Jodoh Wali 2023 begitu sukses sehinggakan SAH Entertainment bawa mereka kembali.

Menarik sekali, pembelian tiket bagi konsert Wali kali ini akan memberi akses khas kepada prajual tiket Ne-Yo Champagne & Roses Tour.

Tiket konsert Wali boleh didapati mulai esok (8 Jun, 10 pagi) bagi mereka yang mempunyai ‘SAH Priority’ manakala jualan umum akan berlangsung pada Isnin, 10 Jun pada jam 2 petang di lelaman Sistic.

Tiket-tiket bermula pada harga $58 hinggalah $168 (termasuk sesi Meet & Greet).

Dapatkan tiket di sini.

– Pengkritik Sandiwara

1 comments

Tinggalkan komen