Ziana Zain bakal adakan konsert di Singapura!

Di akhir konsert solonya di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, semalam, Ziana Zain mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sebuah konsert di Kota Singa pula.

Penyanyi bersuara lantang itu yang popular dengan lagu Madah Berhelah akan bertemu dengan peminat Singapura pada 28 September tahun ini.

Dan di mana lagi kalau bukan Bukit Bintang Temasek (The Star Theatre).

Tiket bermula pada harga $78 hingga $268 (Meet & Greet).

Tiket bagi penjualan awam bermula pada akhir bulan ini pada 31 Mei di lelaman Startix.

Sebelum ini, Ziana Zain pernah berkonsert di tempat yang sama dengan adiknya, Anuar Zain pada tahun 2022.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen