Pangdemonium persembahkan Who’s Afraid of Virginia’s Woolf?

Siap sedia untuk pementasan dahsyat!

Syarikat Teater Pangdemonium mempersembahkan karya agung Edward Albee Who’s Afraid of Virginia’s Woolf? yang diarah Timothy Koh.

Ia bakal menambat penonton dengan jalan ceritanya yang bergejolak dengan emosi, jerat percintaan, penipuan dan kebenaran sukar yang mengintai di belakang perhubungan manusia.

Apa akan terjadi sekiranya sepasang suami isteri yang sudah berumur yang sudah hambar bertembung dengan satu lagi pasangan suami iseri muda yang penuh cinta dan harapan?

Karya Edward Albee ini bukan sekadar sebuah pementasan, ia sebuah penerokaan jiwa manusia. Sebahagian komedi gelap dan sebahagian kisah cinta, persembahan ini menggabungkan unsur kelakar dan malapetaka, memberi penonton secebis gambaran ke dalam kesulitan jiwa dan minda manusia.

Daniel Jenkins dan Pinky Amador akan menghidupkan watak George dan Martha. Mereka disertai oleh Salif Hardie dan Ching Shu Yi sebagai Nick dan Honey.

Who’s Afraid of Virginia’s Woolf? akan dimainkan pada 7 hingga 23 June di Pusat Seni KC (KC Arts Centre).

Tiket-tiket boleh didapati di Sistic mulai hari ini.

Dapatkan tiket anda di sini.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen