Setiap Ramadan, Suria pasti ada drama khas bulan puasa.
Dan tahun ini, berbeza sedikit! Mediacorp Suria ada drama yang menceritakan tentang kebanjiran yang berlaku di Singapura menjelang Syawal 1969 di Kampung Lestari gitu!
Diterbitkan Millenia Motion Pictures, Banjir Raya merupakan drama berbilang bahasa yang menampilkan pelakon hebat daripada Singapura dan juga Malaysia seperti Fir Rahman, Nabila Huda, Ahmad Stokin, Khatijah Tan, Fadhilah Mansor, Shah Iskandar dan ramai lagi!
Episod pertama baru sahaja ditayangkan minggu lepas dan setakat ini, agak promising lah.
Belum banyak perkara yang terjadi tapi nak sangat tahu kenapa watak Ghazali ni tak balik kampung setelah menikah dengan isterinya (seorang janda anak satu).
Bagaimanakah perhubungan setiap watak akan berinteraksi dengan satu sama lain apabila dilanda bah nanti?
Adakah Ghazali dan Wak Tarjo akan berbaik? Apa yang membuat hubungan mereka begitu keruh?
Kepada yang ingin menonton Banjir Raya, anda boleh tonton di MeWATCH atau YouTube!
Banjir Raya disiarkan setiap Khamis, 9.30 malam di Suria.
– Pengkritik Sandiwara

[…] yang belum tonton Banjir Raya. Uolls mesti mula […]
LikeLike