Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha, berkongsi di X (dahulu Twitter) bahawa dirinya telah mengalami keguguran kandungan.
Saya alami keguguran pertama saya.
Hannah Delisha
Selain itu, pelakon yang berumahtangga dengan Imam Shah itu juga mencatat pesanan buat para wanita yang telah keguguran.
Dalam siaran pada 17 Mac itu, beliau menulis bahawa keguguran merupakan kesedihan yang tak dapat ditanggung, dialami ramai tapi hanya dibualkan oleh segelintir orang.
Dengan siarannya, beliau harap bahawa mereka yang sedang lalui perkara yang sama tahu bahawa mereka bukan keseorangan.
Beliau mengakhiri siaran itu dengan ‘In Shaa Allah jumpa di syurga nanti sayang”.
Kami mendoakan yang terbaik buat Hannah Delisha, semoga keluarganya tabah dalam keadaan mencabar ini.
– Pengkritik Sandiwara

[…] Hannah Delisha tercalon dalam Aktres Paling Popular dan Hisyam Hamid pula tercalon dalam kategori Aktor Pembantu Filem Popular. […]
LikeLike