Tahniah buat Hetty Sarlene dan suami, Daniel Oakes, yang tak lama lagi akan menimang cahaya mata kedua.
Di acara pendedahan jantina, diumumkan bahawa anak kedua penyanyi setempat itu adalah bayi lelaki.
Pengumuman itu dilakukan melalui letupan belon besar yang mendedahkan belon-belon kecil berwarna biru. Ia dikongsi melalui siaran Instagram baru-baru ini.
Putera Hetty Sarlene pertama, dilahirkan pada Januari 2021 diberi nama Landon Alexander Oakes.
Kami doakan agar segala urusan buat Hetty Sarlene dan keluarga berjalan lancar.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Hetty Sarlene)
