Fuh, dah lama tak buat ulasan drama Suria tapi bila nampak video acah drama terbaru berjudul Chiron, tergerak hati nak tonton!
Drama bersiri arahan M Raihan Halim ini dibintangi Hisyam Hamid (Daddy 1), Tony Eusoff (Daddy 2), Nurul Nabila, Farah Ong, Al-Matin dan ramai lagi bersiaran di Mediacorp Suria setiap Isnin hingga Khamis pada jam 9.30 malam. Namun, episod 1-4 sudah pun dimuatnaikkan di meWATCH.
Ulasan ini hanya berdasarkan episod satu saja, ya?
Dalam episod pertama, penonton diberi pengenalan akan premis serta watak-watak dalam drama ini.
Dan dalam kebanyakan drama terbitan Papahan Films, wataknya mesti ada nama Salihin.
Aiman Salihin
Watak utama, Aiman Salihin (dihidupkan oleh Hisyam Hamid), merupakan seorang pembedah handal yang terlalu taksub dengan kerja. Di luar kerja, beliau menjaga neneknya yang memerlukan ginjal (iirc) tapi belum dapat penderma sesuai.
Aiman digantung kerja kerana menentang undang-undang hospital di mana dia kerja. Mulai detik ini, hidupnya terus berubah.
Beliau direkrut oleh sebuah organisasi misteri. Aaron Pestana (Tony Eusoff) berkata bahawa mereka memerlukan orang seperti Aiman. Seorang pembedah yang mampu bekerja di bawah situasi tegang.
Aaron menembak salah seorang kuncunya dan Aiman, sebagai seorang doktor, memberi rawatan serta merta. Dan itulah ujian Aaron kepada Aiman untuk membuktikan bahawa Aiman berhak kerja untuknya.
Di bilik operasi, Aiman menghidupkan kembali salah seorang klien organisasi itu dengan melakukan pembedahan ekstrim.
Namun begitu, Aiman masih tidak terima tawaran kerja di The Ward.
Apakah The Ward?
Tujuan The Ward masih menjadi tanda tanya dalam episod satu.
Apa yang diterangkan oleh Aaron cuma klien mereka merupakan orang-orang ternama dalam industri jenayah. Begitulah mereka dapat bertahan.
Di permulaan drama ini, sepertinya ada percubaan untuk menjatuhkan The Ward.
Ketua pembedah di situ, yang diberi gelaran ‘Chiron’ (Sani Hussein) telah melakukan pembedahan dan berjaya mengorek sebiji bola yang sebenarnya bahan kimia merbahaya. Ini menyebabkan kematian Chiron, dan kerana itu, Chiron baru diburu oleh Aaron. Aiman menjadi pilihan untuk menggalas tanggungjawab Chiron.
Setiap pekerja di bilik operasi itu menggunakan nama samaran yang dipetik daripada kisah mitos/dongeng Yunani (Greek). Ada juga samaran Hera, Eos dan banyak lagi.
Semua yang bekerja dalam bilik bedah pakai serba merah. Kenapa eh? Untuk sembunyikan warna darah? Or just vibes?
Apa akan berlaku seterusnya?
Pada episod satu, masih belum terang apakah jalan cerita Chiron.
Adakah Aiman akan bergelut dengan masalah apabila menjadi Chiron di The Ward dan terdedah kepada dunia jenayah, yang mungkin akan memberi kesan terhadap kehidupan peribadinya?
Aiman hanya digantung kerja selama 6 bulan. Adakah dia akan kembali ke hospitalnya sedia kala selepas itu? Bolehkan dia tinggalkan The Ward dan kembali hidup seperti biasa?
Drama ini agak dark dan sukar untuk jangka apa yang berlaku. Semoga ia sebuah drama yang bagus dan akan menarik perhatian kami untuk terus menonton!
Uolls cuba lah tonton episod pertama dan lihat sendiri sama ada anda akan suka ke tak!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Chiron)

[…] sebuah wawancara yang dikongsi oleh portal tabloid Mstar, dikatakan bahawa pelakon asal Singapura, Hisyam Hamid, sudah pun bercerai dengan isterinya, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai […]
LikeLike