Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) akan menyaksikan salah seorang rapper terhandal Malaysia, Joe Flizzow, adakan konsert solonya pada bulan tujuh nanti!
Berjudul This is Johan LIVE in Singapore, konsert itu akan berlangsung pada 5 Julai tahun ini.
Jualan awam bermula hari ini, manakala jualan peribadi telah bermula awal bulan Februari ini di lelaman Sistic.
Dianjurkan oleh Filloz International dan Eventify, konsert This is Johan LIVE in Singapore telah mengadakan sidang media di acara WOW RAYA semalam di Singapore Expo Dewan 6A.
Tiket-tiket bagi konsert ini bermula pada harga $88 hingga $208 (kategori VIP termasuk sesi Meet & Greet).
BELI TIKET ANDA DI SINI
Hanya Satu Malam Di Temasek, pasti Joe Flizzow akan bagi Havoc kat Singapore, kan? Ciao!
– Pengkritik Sandiwara
