Tiket konsert Tokti di Singapura mula dijual 24 Januari

Berita baik buat Sitizoners Singapura!

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua.

SAH Entertainment baru saja mengumumkan bahawa penjualan awam bagi tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura akan bermula pada 24 Januari, 2 petang. Manakala Ahli Ekslusif SAH boleh mengakses tiket seawal 10 pagi pada hari yang sama.

Konsert Tokti kali ini diberi judul Fenomena Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan berlangsung pada 29 Jun di Bukit Bintang Temasek.

Tiket-tiket akan bermula pada harga $88 hinggalah $288 (termasuk Meet & Greet). Tiket akan dijual di lelaman Sistic.

Mac nanti, Tokti akan adakan konsert solonya di Axiata Arena, Kuala Lumpur, Malaysia yang berjudul Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza. Tiket konsert itu laris dalam masa 2 jam.

Jadi warga Singapura, ni nak kasi sold out dalam masa berapa jam?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: SAH Entertainment)

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Tiket 𝑭𝒆𝒏𝒐𝒎𝒆𝒏𝒂 — 𝑫𝒂𝒕𝒐’ 𝑺𝒓𝒊 𝑺𝒊𝒕𝒊 𝑵𝒖𝒓𝒉𝒂𝒍𝒊𝒛𝒂 Live in Singapore boleh dibeli 29 Feb nanti – Pengkritik Sandiwara Batal balasan