Kehadiran Cef Bob sebagai tetamu undangan rancangan ‘Get Fed‘ di saluran YouTube Overkill Singapore membuatkannya episod yang terpaling best yang pernah mereka rakamkan.
Itulah yang dikongsi hos FoodKing Get Fed, Ryan dan Ben, dalam episod ke-23 rancangan tersebut.
Dalam episod kali ini, Cef Bob membawa mereka makan-makan di kawasan sekitar North Bridge Road.
Tiga kedai yang Cef Bob sarankan adalah Mihrimah Restaurant, Bistro Eminami Halal Vietnam dan Mahmud’s Tandoor.



gambar: YouTube Overkill Singapore
Ryan dan Ben amat terpegun dengan cara Cef Bob menceritakan kisah-kisah di sebalik makanan yang disaji itu.
Menurut mereka lagi, inilah salah satu episod di mana sekiranya anda pergi ke mana-mana tempat yang disarankan, anda pasti akan gembira dengan makanan yang anda makan!
Bukan itu saja, Cef Bob juga telah merampas takhta sebagai tetamu undangan nombor satu rancangan Get Fed ini! Amboi…
Zermatt kini di tangga ke-2, manakala Xiao Qian di tempat ke-3.
Penonton juga amat menikmati episod ini. Bahkan, ada yang mengatakan (di ruang komen) bahawa mereka suka episod ini kerana amat jarang Get Fed tampilkan makanan halal, jadi episod ini amat relevan bagi mereka.
Anda boleh saksikan episod penuh di YouTube:
Sebelum ini, Cef Bob pernah meluahkan keinginannya untuk bekerja dengan Ryan.
Hmm… mungkin boleh jadi tetamu tetap sebab ramai yang dah komen tu!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: YouTube Overkill Singapore)


