Penyanyi bersuara lantang, Dato’ Jamal Abdillah, akan kembali ke Singapura tahun ini untuk mengadakan konsert.
Berjudul Dato’ Jamal Abdillah Seniman Berjasa, konsert itu bakal berlangsung pada 11 Mei, Sabtu, 8 malam di Bukit Bintang Temasek.
Persembahan anjuran JIVE Events & Management itu juga akan menampilkan dua lagi pemuzik yang bukan calang-calang tau!
Dato’ Francissca Peter serta Dato S. Atan akan turut hiasi pentas pada malam tersebut! Wow, ni satu konsert yang tidak harus dilepaskan. Mesti tengok niiiiii.
Bayangkan, tonton lagu-lagu ikonik seperti Kekasih Awal dan Akhir, Kepadamu Kekasih, Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan banyak lagi secara LIVE? Fuh, mesti meletop!
Dapatkan tiket anda di Sistic!
Tiket bermula pada harga $98 hinggalah $188 (ini termasuk sesi temu ramah).
Kali terakhir Dato’ Jamal Abdillah adakan konsert solo di Singapura adalah pada 2022 dan 2023 secara serentak di mana beliau adakan konsert pada 31 Disember 2022 dan 1 Januari 2023 di Dewan Konsert Esplanade.
Agak-agak, kali ni sejarah tercipta ke tidak eh di mana beliau harus tambah lagi satu malam?
– Pengkritik Sandiwara
Anyway… dengar-dengar Aliff Aziz pun nak adakan konsert solo di Singapura? Betul ke?

[…] menjayakan konsert ini ialah Dato’ Francissca Peter, dengan suara lunak merdu yang telah menyanyikan lagu-lagu hit yang mentakrifkan era muzik […]
LikeLike