Wah, bertuah sungguh peminat Aina Abdul di Singapura.
Baru diumumkan semalam bahawa mereka yang ke konsert A Night With Aina Abdul LIVE in Singapore berpeluang rebut hadiah iPhone 15! Kau ade?
Bertemakan Fabulous Glam, peraduan Best Dress ini terbuka kepada semua penonton konsert. Pihak penganjur akan memilih individu Best Dress ini dan ada peluang bawak balik iPhone 15.
Min rasa seorang pemenang je kot but mana tau ada lebih?
Jadi… pakai sampai letop tau uolls. Nonok-nonok Singapura represent!
Konsert solo Aina Abdul akan berlangsung pada 6 Januari 2024 di The Theatre at Mediacorp. Tiket masih boleh dibeli.
Dapatkan tiket anda di sini.
Kepada locals™️ yang akan ke konsert Aina, pastikan dengar lagu-lagunya dulu ok? Diorang dah kongsi senarai lagu.


Dengar tau… jangan nanti harapkan lagu hits dia seperti Sepi, Sumpah, Semalam jek…
Mungkin lagu Ernie Zakri pun kenek hafal satu dua gitu… Dia kan penyanyi jemputan!
– Pengkritik Sandiwara
