Buang masa saja pergi panggung wayang untuk tonton filem terbaru War On Terror: KL Anarki.
Jalan cerita biasa, lakonan cringe, banyak adegan-adegan tak perlu, penaja bertepek, terlalu bergantung kepada CGI dan banyak lagi.
Namun, sebelum Min ceritakan apa yang tak bagus sangat tentang filem arahan Kroll Azry dan Frank See ini, ayuh kita lihat apa yang gempak dalam filem buatan Malaysia ini.
Apa yang best?
Video Acah
Memang tidak boleh dinafikan bahawa video acah mereka yang Min lihat sebelum tonton The Hunger Games: The Ballad of Songbirds and Snakes haritu… fuh meletop!
Tapi sayangnya, bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.
Filem memang… aduiiii bosan betul tapi kalau tengok video acah tu, ia mengajak dan mengumpan anda untuk tonton. Dengan aksinya, letupannya, konflik antara watak dan banyak lagi.
Adegan Aksi
Bila babak gaduh-gaduh tu boleh tahan seronok lah tengok! Terutama sekali Aedy Ashraf (sebagai Khalid) dan Naque Ariffin (sebagai Joe).
Lakonan kombat antara mereka berdua memang benar-benar nampak macam real.
Terdapat dua babak di mana mereka beraksi. Dalam lif dan tepi jalan. Yang dalam lif tu buat jantung min tergantung sebab takot lif tu terbabas!
Penggambaran di tengah-tengah Bukit Bintang
Seolah-olah menonton filem Hollywood apabila babak di Bukit Bintang tertera di layar perak.
Memang gempak lah ada babak kat situ sebab lokasi ikonik yang tentunya dikenali ramai penonton. Ia juga menyuntik unsur realisme kerana lokasi seperti itu yang pesat dengan pejalan kaki dan pelancong mungkin menjadi sasaran pengganas, kan?
apa yang kurang dalam filem ini?
Dua pengawal jek?
Dah tau barang yang dibawa dalam keretapi tu barang sensitif, bahan bom. Kenapa sekadar dua orang pengawal yang tidak bersenjata (iirc) menjaga gerabak tu? Takde CCTV ke?
Dah la tu, nak tunjuk keretapi bergerak pun CGI.
Yang penting, gerabak tu berhenti cantik-cantik dekat spot di mana anasir-anasir lain tunggu selepas ia berjaya ditanggalkan daripada gerabak yang lain!
Flat kosong ke?
Terdapat adegan tembak-menembak di sebuah flat. Tapi musykil, takde penghuni rumah yang pekik atau kelam-kabut semasa tembak-menembak berlaku.
Pihak polis berjaya tangkap watak Lang (dimainkan oleh Qi Razali) tapi Joe berjaya loloskan diri. Aik… tak ke polis dah kepung seluruh perkarangan flat tu? Adoi…
Si Joe pun satu, buang masa nak ugut pakcik kedai runcit??? Dah lah lidah terjelir je, ada hati panggil orang lain anjing. Dia tu anjing!
Kelakarnya, entah bagaimana si watak Khalid boleh melawani undang-undang fizik untuk hayun sini-sana dalam flat tu. Tak masuk akal.
Khalid kepala batu
Si watak Khalid ni dah bertahun jadi polis khusus dalam serangan pengganas tapi otak dia macam budak belasan tahun. Tak dengar arahan dan selalu bertindak mengikut emosi.
Tak belajar daripada kesilapan. Dari misi di studio TV, di flat hinggalah di kilang.
Akibat kelakuannya, rakan sekerjanya (Noki K Clique – bermain watak Zack) yang sepatutnya bernikah terkorban!
Tapi tak boleh dinafikan bahawa kedegilan wataknya perlu sebab kalau tak, memang takde cerita.
Watak bekas isteri dia (Maria, dimainkan oleh Daiyan Trisha) dan anak dia macam tak menyumbang kepada plot.
Kenapa harus dia bercerai? Takde sebab kukuh.
Apa fungsi watak Tan Sri?
Watak Anis (dimainkan oleh Farali Khan) merupakan anak seorang Tan Sri yang berpangkat besar di dalam pasukan polis lah gitew.
Tiber bapak dia nak alihkan dia daripada jabatan pengganasan ke jabatan siber. Tapi dia tolak sebab dia nak buktikan bahawa dia boleh jadi ketua di jabatan itu.
Tak tau lah apa motif adegan ni. Agak nak tunjuk bahawa cable bukan segala-galanya.
Tan Sri cuma muncul dalam adegan ni je. That’s all!
Nama Bob tak kena dengan watak
Bob (Kahoe Hon) merupakan pakar IT di jabatan polis tersebut.
Orang dah helok, hensem tapi diberi nama Bob??? Bukan ke ia satu kenyataan sejagat bahawa nama timangan Bob dikhususkan untuk orang berbadan besar?
Kasi lah nama Edison ke, Ethan ke, Jaden ke, Damien ke. Ni Bob???
Sebagai pakar IT, dia memang hauk. Nak check CCTV pun banyak alasan. Benda budak sekolah menengah boleh buat kot.
Hujan ke tak?
Semasa pertempuran Khalid dan Joe, ternyata memang hujan. Tapi tu lah, bila dah habis gaduh, memang takde orang yang basah. Lantai pun kering, nok.
Kononnya BB terkena bom, tapi macam takde yang retak je… Trek monorail tu kukuh! Pelik, kan?
Motif pengganas?
Selama 100 minit menonton filem ini, persoalan yang sama asyik muncul di benak fikiran.
Apakah motif pengganas letupkan satu Kuala Lumpur? Apa tujuan mereka? Apakah Modus Operandi mereka? Sasaran mereka siapa? Ahli politik? Kerajaan? Kenapa?
Seolah-olah penonton dirahsiakan niat pengganas ini. Pasti mereka ada sesuatu yang mereka ingin perjuangkan, kan? Takkan lah sesuka hati nak bom sana sini?
Siapa Anurak?
Anurak (Wan Hanafi Su) sememangnya watak yang penting dalam kisah ini.
Beliaulah sebab mengapa anak-anaknya mengekalkan operasi pengganasan. Malangnya, penonton tidak diberitahu siapakah dia sebenarnya. Apakah cerita di sebalik watak ini. Apa yang membuatnya sebegitu.
Kasihan sekali.
Ada kesinambungan tapi siapa kisah!
Kononnya ada plot twist di akhir cerita di mana Lang diselamatkan oleh pegawai Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations).
Dan Tuan Rahman (Adlin Aman Ramlie) ditembak. But at this point, tak kisah lah.
So kepada anda yang nak tonton War On Terror KL Anarki di Golden Village ke, Cathay ke. tak perlulah…
Min bagi filem ni 2/10 bintang.
– Pengkritik Sandiwara
