Mampukah Hady Mirza ulang sejarah di All Stars Gegar Vaganza?

Sebelas minggu sudah berlalu dan kita bakal ketahui juara All Stars Gegar Vaganza!

Satu-satunya wakil Singapura di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza, Hady Mirza mungkin akan membanggakan rakyat Singapura sekali lagi dengan mencipta sejarah yang pernah beliau kongsi dengan Naqiu di Gegar Vaganza 6 pada 2019.

Juara Singapore Idol 2 serta Asian Idol itu akan berentap dengan enam lagi peserta All Stars malam ini di Axiata Arena. Mereka ialah Jaclyn Victor, Azharina Azhar, Siti Nordiana dan Naqiu. Tidak lupa juga Nikki Palikat, Liza Hanim serta Tomok – mereka bertiga merupakan peserta Hot Seat untuk musim kesepuluh Gegar Vaganza.

Malam nanti, Hady bakal berganding dengan Dayang Nurfaizah untuk pusingan duet.

Beberapa hari yang lepas, Hady telah bertemu dengan penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu buat seketika. Mereka berdua akan menyanyikan lagu Dayang yang berjudul Seandainya Masih Ada Cinta.

Untuk pusingan lagu solo pula, Hady akan menyanyikan lagu Making Love Out of Nothing at All (Air Supply). Bagi pusingan battle, Hady akan beraksi bersama Naqiu, Nikki dan Azharina sambil membawa lagu Sorry, Sorry (Super Junior).

Mampukah Hady mencipta sejarah lagi?

Ayuh lihat kedudukan Hady sepanjang All Stars Gegar Vaganza:

  • Minggu 1 – Tempat kelima, 70%
  • Minggu 2 – Juara, 79%
  • Minggu 3 – Tempat ketujuh, 65%
  • Minggu 4 – Tempat ke-12, 60.25%
  • Minggu 5 – Tempat kesembilan, 62.75%
  • Minggu 6 – Tempat kedua, 76.50%
  • Minggu 7 – Juara, 79.25%
  • Minggu 8 – Tempat keempat, 72%
  • Minggu 9 – Tempat ketiga, 73.25%
  • Minggu 10 – Tempat kedua, 71.50%
  • Minggu 11 – Tempat keempat, 70.75%

Hady berjaya merangkul posisi juara sebanyak dua kali dalam 11 minggu bertanding di pentas GV.

Kami berharap dan berdoa Hady akan melakukan yang terbaik dan akan mengharumkan nama Singapura sekali lagi.

Pasti konsert malam ni meletop sebab ade Aina Abdul, Ella, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Zainal Abidin, Cakra Khan dan ramai lagi!

Bukan setakat Nabil Ahmad dan Jihan Muse, Ahmir Ahnaf dan Anna Jobling juga akan ikut serta untuk membuat pembukaan nanti!

Agak-agak selain Dato’ Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, ada tak juri jemputan?

Jangan lupa tonton All Stars Gegar Vaganza di saluran Astro Ria menerusi Singtel TV ok! Kalau takde Astro, pandai-pandailah cari yang cetak rompak, ye? Kat Facebook ke, TikTok ke.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen