Penyanyi asal Brunei rakam semula lagu Imran Ajmain – Seribu Tahun

Penyanyi kelahiran Brunei Darussalam, Jaz Hayat, telah merakam semula salah satu lagu yang dipopularkan Imran Ajmain.

Seribu Tahun menjadi pilihan penyanyi yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia itu sebagai single seterusnya.

Menurut wawancaranya di artikel Media Indonesia, Jaz memang meminati lagu ciptaan Taufik Batisah dan Imran ini semenjak ia dilancarkan pada 2007.

Kini, lagu ini dirakam semula oleh Jaz dan diberi suntikan baru, dengan cara dan gaya Jaz tersendiri. Anda boleh saksikan muzik video lagu ini di YouTube.

.

Sebelum ini, Imran Ajmain pernah menyatakan tentang perkara ini di Xnya (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Beliau seolah-olah tidak percaya bahawa terdapat seorang penyanyi Indonesia yang akan merakan semula lagunya.

Ha… kalau uolls rindu lagu-lagu Imran Ajmain, apa kata pergi konsert beliau?

Malam Seribu Tahun akan berlangsung pada 12 Januari di Panggung Victoria.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen