The Pinholes, The Changcuters dan Kugiran Masdo kongsi pentas di SG

Band dari tiga negara berbeza, satu pentas.

The Pinholes (Singapura), The Changcuters (Indonesia) dan Kugiran Masdo (Malaysia) bakal bikin havoc di pentas Suntec City tahun depan.

Dalam konsert Serumpun Berdansa, ketiga-tiga kugiran itu akan menghiburkan peminat pada 2 Mac 2024, 8 malam di Dewan 406, Tingkat 4, Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapore (Hall 406, Level 4, Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre).

Pasti ramai anak muda dari rantau ini tak sabar untuk saksikan kolaborasi tiga band ini dan menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Renungan Manja, Hijrah Ke London, Janji Manis dan banyak lagi.

Bukan itu saja, mesti banyak penonton yang akan mengenakan busana ala Rock ‘n’ Roll ala suasana 70-an gitu, kan?

Tiket-tiket bagi Serumpun Berdansa anjuran Shiraz Projects sudah pun boleh didapati di lelaman myticket.asia.

Kesemua tiket merupakan tiket berdiri ye, harap maklum! Terdapat dua kategori iaitu Canggung ($88) dan Ronggeng ($138).

Beli tiket di sini!

Apa tunggu lagi? Belilah tiket untuk berdansa bersama The Pinholes, The Changcuters dan Kugiran Masdo!

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen