Malam Seram antara podcast SG ke KL PodFest

Malam Seram akan menjadi antara podcast Singapura yang akan ke KL PodFest 2024, pesta audio siar pertama Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan dua tahun hadapan.

Kuala Lumpur PodFest 2024 dikendalikan oleh dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan setelah berjaya menarik ramai pendengar dalam tempoh setahun menerusi podcast mereka, Keluar Sekejap (KS).

Menurut BH Online dan Astro Awani, pesta ini akan berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Februari 2024, di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJ PAC).

Acara ini akan menampilkan barisan podcaster terhebat di Malaysia serta Singapura.

Dan lebih 20 sesi akan diadakan termasuk sesi rakaman langsung, bengkel dan banyak aktiviti bersama peminat, pendengar podcast dan individu yang berminat mengadakan audio siar sendiri.

Antara podcast Malaysia yang akan tampil adalah Tiber, Financial Faiz, Mr Money TV, SneakerLAH, Mamak Sessions by Jinnyboy, The Amin Idris Show, TTYL, Head Over Heels by Maggy Wang, Balls Deep by The Takeaway, Table Talk by The Takeaway dan Ajar.

Malam Seram mewakili Singapura (serta OKLETSGO, sebuah saluran podcast yang tidak diminati pasukan Peng).

Tahniah KC, harumkan nama Singapura, ok?


Kepada anda yang ingin sertai pesta ini, jangan lupa ikuti IG KL PodFest!

Tiket dijual bermula 1 Disember dengan harga mampu milik pada RM30 (SGD8.59) untuk pas sehari, RM50 (SGD14.32) [hujung minggu] dan RM60 (SGD17.19) [pas khas] yang menjamin tempat duduk di tayangan utama.

Barisan podcast dan jadual penuh akan diumumkan pada 15 Januari 2024.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen