Dengan markah sebanyak 79.25%, Hady Mirza merangkul tempat pertama All Stars Gegar Vaganza minggu ketujuh.
Penyanyi asal Singapura itu telah membawa lagu Romancinta, nyanyian asal Mojo.
Hady telah menewaskan sepuluh lagi peserta, termasuk Jaclyn Victor dan Liza Hanim yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.
Aliff Aziz minggu ini juga masih berada di tangga Bottom 3, di tangga kesembilan, menewaskan hanya dua peserta iaitu Nikki dan Ezad Lazim. Aliff menyanyikan lagu Selagi Ada Cinta dan meraih markah sebanyak 60%.
Malam semalam, Ezad Lazim tersingkir.
Adakah prestasi Aliff Aziz yang sering di tangga terbawah bermaksud penyingkirannya tidak lama lagi?
All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan Jihan Muse dan Nabil Ahmad bersiaran setiap Ahad si saluran Astro Ria (Singtel). Anda boleh saksikan secara cetak rompak di Facebook juga, kalau pandai.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Astro Gempak)

[…] senegara, Hady Mirza pula mendapat markah sebanyak 72%, menempatkannya di tangga […]
LikeLike
[…] Hady Mirza menjadi satu-satunya peserta yang akan mewakili Singapura di peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza. […]
LikeLike