Pempengaruh ILYHONEY telah memohon maaf atas siaran Instagram Storynya baru-baru ini. Kandungan yang dimuatnaikkan oleh bekas peserta ratu cantik itu kurang sensitif akan situasi yang berlaku di Gaza.
“Cium saya di sini sekiranya anda berdoa untuk Palestine.”
Itulah yang ditulis oleh pencinta pasta autentik itu. Kenapa dia buat sebegitu, eh?
Sedar akan siarannya yang tidak patut, ILYHONEY dengan segera memadam siaran itu dan mengeluarkan kata-kata maaf beberapa jam kemudian.
“Ia bukan perkara untuk dijenakakan tentang pembunuhan beramai-ramai yang berlaku sekarang. Saya meminta maaf sekiranya siaran sebelumnya mengelirukan atau tidak sesuai dalam waktu sepert ini, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan tersebut. Ia sebuah kesilapan dan saya seharusnya memikirkannya dengan lebih baik.”
Usahawanita itu mengakhiri ucapan maafnya dengan memberi pautan lelaman untuk memberi dana kepada anak-anak Gaza dalam krisis.
Sememangnya, isu yang berlaku di Palestine dan Israel bukanlah sesuatu perkara untuk kita buat konten sia-sia demi memancing perhatian. Ayuh tunggu garis panduan yang akan MUIS sediakan untuk pelajari bagaimana kita sebagai Muslim harus bertindak.
Ini bukan pertama kali ILYHONEY memberi pendapatnya tanpa memikir. Dia pernah memberi pendapat tentang kes pembunuhan Sekolah Tinggi River Valley juga.
– Pengkritik Sandiwara


