Air Mata di Ujung Sajadah buat penonton nangis

Di Tiktok, banyak saja video penonton menangis tersedu-sedu tanpa henti apabila habis menonton filem Indonesia berjudul Airmata di Ujung Sajadah.

Oleh kerna penasaran, Min pun beli tiket dan tonton filem ini apabila mendapat tahu bahawa ia kini disiarkan di bioskop di Singapura!

.

Sememangnya, filem ini akan membuat anda, terutama ibu bapa yang punyai anak, berderai airmata.

Filem arahan Key Mangunsong meneroka cinta ibu bapa terhadap anaknya, tidak kira sama ada mereka ibu kandung atau bukan. Talian yang telah dicipta itu sungguhlah kukuh sehinggakan mempunyai kuasa untuk menentukan kebahagiaan sesebuah keluarga.

Apa yang membuat filem ini lebih menarik adalah persepsi penonton sepanjang filem ini.

Ok, jap. Kalau tak nak spoiler, please skip ulasan ini, ok?

Beli tiket anda di Golden Village

Watak Aqilla (Titi Kamal) seolah-olah dilayan seperti seseorang yang merampas kebahagian keluarga Arif (Fedi Nuril) dan Yumna (Citra Kirana) apabila Aqilla ingin bersama Baskara (Muhammad Faqih Alaydrus).

Ini kerana Aqilla muncul dalam keluarga Arif dan Yumna untuk menjenguk anak kandungnya, Baskara, yang selama ini dipelihara oleh keluarga angkat (Arif dan Yumna). Aqilla sedikit pun tidak tahu bahawa anaknya, Baskara, masih hidup.

.

Semasa menonton, Min macam terbelah bagi. Eh, nak side siapa eh?

Aqilla? Seorang ibu tunggal yang baru saja tahu bahawa anaknya selama ini hidup dan ingin memberi cinta kepada anaknya. Tapi tidak diberitahu bahawa dialah ibu kandung Baskara. Beliau berhak luangkan masa bersama Baskara.

Atau… Arif dan Yumna? Sepasang ibu bapa yang telah mencucuri kasih sayang kepada Baskara selama tujuh tahun, yang secara tiba-tiba terkejut dengan kemunculan Aqilla. Kebahagiaan mereka mungkin terampas oleh Aqilla.

Kedua-dua pihak sememangnya mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk tetap menjaga Baskara dan ia amat sukar untuk mencari jalan tengah. Namun begitu, keluarga Arif dengan rela hati membiarkan Baskara pergi kerana mereka menganggap Baskara sebagai hadiah daripada Tuhan yang dipinjamkan kepada mereka buat sementara.

Pada masa yang sama juga, Aqilla juga, secara eksplisit, tidak pernah merayu agar keluarga angkat memberi balik Baksara kepadanya. Tapi naluri ibu Yumna sepertinya dapat membaca keinginan Aqilla yang ingin sangat anaknya.

Jadi selama filem ini, mungkin anda akan tertanya-tanya sesama sendiri akan siapa lebih berhak menjaga Baskara.

Di akhir cerita, Baksara dibiarkan pergi bersama Aqilla. Tetapi, Aqilla tidak mahu kerana Aqilla belajar dari kesilapannya iaitu untuk tidak memaksa anaknya. Ini kerana Aqilla tidak mahu mengulang kesilapan ibunya, iaitu untuk menentukan hidup anaknya. Aqilla ingin Baskara menentukan kehendaknya sendiri!

Bak kata pepatah Inggeris, it comes full circle.

Ini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak memaksa keinginan kita terhadap anak kita yang mempunyai cita-cita dah harapan tersendiri. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk menyokong dan memberi semangat kepada anak kita.

Filem ini juga membuktikan bahawa tidak kisahlah sama ada anda ibu bapa kandung atau bukan, cinta terhadap anak yang telah anda jaga itu tiada batas. Kasih sayang seorang ibu bapa angkat tidak banyak beza berbanding ibu bapa kandung. Kebahagiaan anak diutamakan.

And yes, Min pun nangis nok. So kalau nak tengok cite ni, Min recommend ye.

Selain itu, pelakon cilik yang menhidupkan watak Baskara betul-betul boleh berlakon and lucuuuuuuu!

– Pengkritik Sandiwara

1 comments

Tinggalkan komen