NOAH, Ungu tunda tarikh konsert, lah pulak!

Ramai telah membeli tiket konsert NOAH anjuran YOLO tapi tau-tau, konsert mereka ditangguh.

Itulah yang dikongsi akaun IG YOLO Singapore malam semalam sekitar jam 11 malam.

Menurut siaran itu, konsert NOAH Energized telah ditunda kepada tarikh lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat diramalkan. Apakah sebab itu tidak diberitahu.

Peliknya, meskipun konsert itu ditangguh, proses pengembalian wang akan dilakukan dalam masa dua minggu.

Aik, kalau ditangguh terus kasi balik duit eh? No komens, luv.

Pihak penganjur juga tidak memberitahu tarikh baru untuk konsert ini.

Ekcili… tak hairanlah ada cabaran seperti ini. Kan sebelum ini mereka dikecam dan ramai ingin boikot? Tahu-tahu, ada jugak yang beli tiket, sampai kategori yang mahal tu sold out pulak! Apo lah korang, berbual je lebih, aksi takde tau.

Ha kan dah tangguh sekarang. Wek wek…

Di ruang komen, ramai yang meluahkan ketidakpuashatian mereka. Terdapat juga yang telah menempah tiket kapal terbang untuk tonton NOAH tau!

gambar tangkap layar IG Yolo Singapore

Agak-agak korang, kalau tiket dijual semula, mereka akan jual pada harga berpatutan tak?

Tapi korang jangan risau, yang ingin tonton NOAH, boleh saja beli tiket Konsert Galau anjuran SAH Entertainment! InsyaAllah NOAH ada.

Konsert UNGU pun ditunda, nok!

Baru-baru ini juga diumumkan bahawa konsert Ungu yang sepatutnya berlangsung pada 28 September ini telah menukar tarikh kepada 13 November (Isnin) bersamaan dengan cuti panjang Deepavali.

Menarik sekali, konsert tersebut akan berlangsung pada jam 5 petang. Adoi, sempat maghrib tak nanti?

Konsert Ungu Rhythms of Passion itu juga menampilkan Fuad Rahman, Alif Putra dan Shah Iskandar.

Menurut laporan Berita Mediacorp, penundaan konsert ini disebabkan ‘masalah kemas kini pelesenan’. Whatever that means.

Selain itu, pihak penganjur Daily Entertainment Asia juga menyatakan bahawa ‘mereka mengambil peluang untuk memenuhi permintaan ramai agar konsert itu diadakan bukan pada hari bekerja. Tarikh baharu yang dipilih itu jatuh pada hari Isnin, cuti umum bagi perayaan Deepavali.’

Huh? Ok… Setahu Min kalau cuti panjang orang pergi oversea kot!!! But ok.

Boleh jumpa Ungu!

Yang bestnye, mereka yang dah beli tiket sebelum ini, boleh jumpa ahli Ungu dalam Pertemuan Peminat Ungu eksklusif tau??? So berapa ramai orang yang dapat jumpa Ungu ni..? Hmmm beratus ke? Ke berpuluh aje?

Setiap pembeli tiket secara automatis boleh gunakan tiket mereka yang sedia ada untuk tarikh baru ini.

Namun, pembaca Peng telah berkongsi bahawa sekiranya mereka inginkan wang kembali kerana tidak dapat hadir, prosesnya bukan sesenang yang dijangkakan! Adoi…

Search pun tunda, wei

Bukan setakat kumpulan Indonesia, kumpulan Malaysia pun terkena tempiasnya.

Konsert Search yang sepatutnya berlangsung pada 9 September dijayakan pada 18 September. Hari Isnin haritu…

Nampaknya, perlahan-lahan kita dapat melihat kesan dendam konsert yang melanda di Singapura pascaCovid. Penganjur konsert yang tumbuh bak cendawan selepas hujan seolah-olah terkial-kial untuk melariskan tiket.

Kesian.

– Pengkritik Sandiwara

6 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Konsert Armada di SG tangguh – Pengkritik Sandiwara Batal balasan