Ramai telah membeli tiket konsert NOAH anjuran YOLO tapi tau-tau, konsert mereka ditangguh.
Itulah yang dikongsi akaun IG YOLO Singapore malam semalam sekitar jam 11 malam.
Menurut siaran itu, konsert NOAH Energized telah ditunda kepada tarikh lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat diramalkan. Apakah sebab itu tidak diberitahu.
Peliknya, meskipun konsert itu ditangguh, proses pengembalian wang akan dilakukan dalam masa dua minggu.
Aik, kalau ditangguh terus kasi balik duit eh? No komens, luv.
Pihak penganjur juga tidak memberitahu tarikh baru untuk konsert ini.
Ekcili… tak hairanlah ada cabaran seperti ini. Kan sebelum ini mereka dikecam dan ramai ingin boikot? Tahu-tahu, ada jugak yang beli tiket, sampai kategori yang mahal tu sold out pulak! Apo lah korang, berbual je lebih, aksi takde tau.
Ha kan dah tangguh sekarang. Wek wek…
Di ruang komen, ramai yang meluahkan ketidakpuashatian mereka. Terdapat juga yang telah menempah tiket kapal terbang untuk tonton NOAH tau!
Agak-agak korang, kalau tiket dijual semula, mereka akan jual pada harga berpatutan tak?
Tapi korang jangan risau, yang ingin tonton NOAH, boleh saja beli tiket Konsert Galau anjuran SAH Entertainment! InsyaAllah NOAH ada.
Konsert UNGU pun ditunda, nok!
Baru-baru ini juga diumumkan bahawa konsert Ungu yang sepatutnya berlangsung pada 28 September ini telah menukar tarikh kepada 13 November (Isnin) bersamaan dengan cuti panjang Deepavali.
Menarik sekali, konsert tersebut akan berlangsung pada jam 5 petang. Adoi, sempat maghrib tak nanti?
Konsert Ungu Rhythms of Passion itu juga menampilkan Fuad Rahman, Alif Putra dan Shah Iskandar.
Menurut laporan Berita Mediacorp, penundaan konsert ini disebabkan ‘masalah kemas kini pelesenan’. Whatever that means.
Selain itu, pihak penganjur Daily Entertainment Asia juga menyatakan bahawa ‘mereka mengambil peluang untuk memenuhi permintaan ramai agar konsert itu diadakan bukan pada hari bekerja. Tarikh baharu yang dipilih itu jatuh pada hari Isnin, cuti umum bagi perayaan Deepavali.’
Huh? Ok… Setahu Min kalau cuti panjang orang pergi oversea kot!!! But ok.
Boleh jumpa Ungu!
Yang bestnye, mereka yang dah beli tiket sebelum ini, boleh jumpa ahli Ungu dalam Pertemuan Peminat Ungu eksklusif tau??? So berapa ramai orang yang dapat jumpa Ungu ni..? Hmmm beratus ke? Ke berpuluh aje?
Setiap pembeli tiket secara automatis boleh gunakan tiket mereka yang sedia ada untuk tarikh baru ini.
Namun, pembaca Peng telah berkongsi bahawa sekiranya mereka inginkan wang kembali kerana tidak dapat hadir, prosesnya bukan sesenang yang dijangkakan! Adoi…
Search pun tunda, wei
Bukan setakat kumpulan Indonesia, kumpulan Malaysia pun terkena tempiasnya.
Konsert Search yang sepatutnya berlangsung pada 9 September dijayakan pada 18 September. Hari Isnin haritu…
Nampaknya, perlahan-lahan kita dapat melihat kesan dendam konsert yang melanda di Singapura pascaCovid. Penganjur konsert yang tumbuh bak cendawan selepas hujan seolah-olah terkial-kial untuk melariskan tiket.
Kesian.
– Pengkritik Sandiwara


[…] Antara konsert lain yang ditunda adalah konsert Search anjuran Rab Entertainment, konsert Ungu oleh Daily Entertainment Asia serta konsert NOAH anjuran YOLO Asia. […]
LikeLike
[…] merupakan konsert kelima yang jadualnya ditukar. Sebelum ini, konsert Search ditunda. Konsert lain yang umumkan tarikh baru […]
LikeLike
[…] NOAH macam mana pula […]
LikeLike
[…] solo NOAH sepatutnya berlangsung pada 14 Oktober di Pasir Panjang Power Station tetapi ditunda. Lagipun, ramai peminat NOAH kurang puas hati dengan […]
LikeLike
[…] tiket konsert NOAH Energized yang ditunda kepada sehari selepas Konsert Galau akan dijual serendah $88 bagi ‘Early Bird’ (21 […]
LikeLike
[…] siaran tersebut, konsert NOAH Energized dibatalkan atas persetejuan kedua-dua pihak dek kesusahan teknikal yang tidak dapat diramalkan […]
LikeLike