Kumpulan rok kapak legenda, Search, bakal gegarkan Singapura tak lama lagi. Peliknya, pada dua malam, dengan ahli-ahli berbeza.
Apa yang Min maksudkan?
Well… ada dua konsert Search berbeza yang dianjur dua penganjur konsert.
Yang pertama ialah Search Rockin’ Temasek anjuran RAB International. Ia bakal berlangsung di The Threatre @ Mediacorp, 9 September. Pada malam yang sama Newboyz akan buat konsert.
Menurut lelaman Sistic, ahli-ahli Search untuk konsert ini dirangkumi barisan Din & Kid iaitu Noordin, Kid, Yantoi, Firdaus, Min dan Den Den sebagai vokalis.
Anda boleh dapatkan tiket di sini
Ada lagi satu konsert Search yang bakal berlangsung di Kota Singa juga. Dan kali ini, Amy Search ada tau!
Menurut Instagram Muse Plus, konsert Search: Fantasia Bulan Salju akan bertemu peminat Singapura tahun depan pada 19 Januari.
Di mana korang tanya? Di mana lagi kalau bukan Bukit Bintang Temasek! Baru-baru ini, Muse Plus membawa masuk Dato M. Nasir.
Dalam konsert Fantasia Bulan Salju ini, ahli-ahli Search yang akan muncul adalah Amy Search, Nasir Daud, Man Kidal dan Hillary Ang.
Tiket bagi Fantasia Bulan Salju di Singapura belum dijual lagi tapi anda boleh pradaftar.
Pradaftar di sini!
Konsert Fantasia Bulan Salju ni juga akan berlangsung di Genting dan Australia tau! Gempak wei.
So persoalannya…
Konsert Search mana uolls nak pergi? Korang rasa wajar tak ada dua konsert Search hampir back-to-back?
– Pengkritik Sandiwara


[…] Search yang sepatutnya berlangsung pada 9 September dijayakan pada 18 September. Hari Isnin […]
LikeLike