Setelah Shila Amzah, kini giliran Sheila Majid pula untuk bertemu peminat Singapura.
Ratu Jazz Malaysia itu bakal mengadakan konsert di lokasi yang cukup sinonim dengan hiburan Melayu, iaitu Bukit Bintang Temasek pada 20 Oktober nanti.
Menurut siaran penganjur, Offshore Entertainment, prajualan tiket akan bermula pada 29 Julai, jam 12 tengahari hingga 1 Ogos, jam 5 petang. Manakala jualan umum akan bermula pada 2 Ogos, jam 2 petang.
Pemegang kad Maybank akan mendapat diskon sebanyak 15% semasa prajualan dan 10% untuk jualan umum.
Berjudul SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SINGAPORE, harga tiket bermula pada $68 hinggalah $248.
Eh, takde Meet & Greet ke..? Yang konsert dulu anjuran Offshore Entertainment ada kan. Konsert Andmesh Kamaleng dan Cakra Khan tuuuu.
Kali ni, poster lawa pulak tu.
So… korang pergi tak?
– Pengkritik Sandiwara
