Singkap sejarah 100 tahun bersama Hotel

Seabad sejarah dilihat dari sebuah bilik penyinggahan.

Itulah Hotel, sebuah pementasan oleh Wild Rice yang mengemukakan kisah-kisah Singapura selama 100 tahun lamanya, dari 1915 hinggalah 2015.

Kisah perang dunia, zaman kegemilangan filem Melayu, perpisahan Singapura dari Malaysia dan banyak lagi diselitkan dalam pementasan 5 jam ini.

Memang benar, 5 jam agak lama untuk sebuah pementasan walaupun ia dibahagikan dalam dua bahagian berbeza. Tapi, oleh kerana setiap dekad itu mempunyai kisah yang unik dan tersendiri, penonton tidak rasa bosan menontonnya.

gambar: Ruey Loon

Ini kerana setiap dekad itu tidak sama seperti dekad yang sebelumnya. Pelbagai perubahan yang dialami dan ragam setiap zaman juga berbeza. Jadi, emosi yang dirasa penonton juga berlainan.

Penonton seolah-olah berada dalam sebuah roller coaster selama pementasan tulisan Alfian Sa’at & Marcia Vanderstraaten dan diarah oleh Ivan Heng & Glen Goei. Setiap dekad, mood ceritanya berbeza.

Sebagai contoh, kekecohan kahwin campur pada 1995 begitu ketara dengan kisah Azizah pada 2005 di mana keluarganya menjadi sasaran polis dek kesan pasca-911.

gambar: Ruey Loon

Malang sekali, walaupun kisah-kisah ini merupakan ‘sejarah’, ia tetap relevan dan berlaku pada zaman ini. Seperti penderaan pembantu rumah di mana ia sebuah topik yang tidak pernah terlepas dari perbincangan.

Para pelakon yang menjayakan pementasan ini amatlah power sekali. Pelbagai bahasa mereka tuturkan dan semuanya nampak begitu mantap! Tahniah buat Munah Bagharib, Rebecca Dass, Brendon Fernandez, Ghafir Akbar, Ivan Heng, André Jewson, Jo Kukathas, Dwayne Lau,Koji Miyoshi, Moo Siew Keh, Pam Oei, Oon Shu An, Siti Khalijah Zainal dan Yap Yi Kai!

Ok, Min dah tonton Hotel buat kali kedua, tapi still tak suka the 2015 punya sketsa. Cam tiber dan ok. I mean I get it tapi ia mungkin tidak relevan bagi ramai penonton? Wdyt?

Walau bagaimanapun, pengalaman menonton Hotel Min bagi 5 bintang! Tiada tandingnya. Sebuah karya yang menggabungkan sejarah, hiburan, patriotisme dan masyarakat dalam satu pentas!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Ruey Loon)

One comment

Tinggalkan komen