Newboyz di SG: Circle 2 dibuka, tiket harga tetap

Dalam masa kira-kira tiga jam, tiket konsert Newboyz laris terjual.

Kini, penganjur konsert itu, SAH Entertainment, telah membuat keputusan untuk membuka Circle 2 panggung Star Theatre untuk menampung lebih banyak penonton agar peminat Newboyz dapat menonton kugiran dari Malaysia itu.

Penjualan tiket bagi kawasan Circle 2 bermula pada 14 Jun nanti pada 11 pagi. Harga tiket pula tetap iaitu pada $68, sebahagian daripada #SAHGivesBack.

Nampaknya, sejarah sudah berulang kerana perkara yang serupa berlaku untuk konsert ST12 baru-baru ini.

Konsert Newboyz akan berlangsung pada 9 September, 8 malam di Star Theatre.

Dalam pada itu, SAH Entertainment juga akan membawa Rossa ke Singapura pada bulan Ogos nanti, tiket masih ada uolls.

– Pengkritik Sandiwara

Gambar header: SAH Entertainment

4 comments

Tinggalkan komen