Hirzi akhirnya mohon maaf kepada Nicole Choo

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Personaliti YouTube terkenal, Hirzi, telah memohon maaf daripada Nicole Choo melalui Instagramnya awal pagi tadi.

Ini setelah sebuah catatan Fesbuk daripada seorang penerbit buku Nicole Choo yang tular baru-baru ini.

Dalam kenyataan maaf itu, Hirzi juga mengetag nama IG Nicole Choo yang bertulis: “Kepada @nicole.choo, saya minta maaf”.

.

Dalam kenyataan tersebut, Hirzi menjelaskan bahawa dirinya ingin meminta maaf atas video yang dilakukannya pada 2018 bersama personaliti yang sedang dilanda kontroversi saat ini, iaitu Dee Kosh.

Dalam video kerjasama itu, mereka telah muncul dalam dua video. Pertama, sebuah video di mana mereka mengulas (dan mempersendakan) karya Nicole Choo bertajuk ‘nineteen’. Video tersebut berjaya diturunkan oleh pihak Nicole Choo atas sebab hak cipta terpelihara.

Video kedua pula merupakan ‘video maaf’. Namun, kenyataan maaf mereka merupakan satu sindiran, menurut Hirzi.

Walau begitu, video pertama masih boleh didapati di YouTube kerana terdapat seseoarang yang memuatnaikkannya semula. Hirzi akan cuba untuk menyuruh YouTube menurunkannya.

.

Video maaf sudah tiada lagi di saluran Dee Kosh.

Hirzi mengambil penuh tanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan dalam video tersebut. Hirzi kini sedar bahawa tindakannya merupakan buli siber dan rasa kurang senang kerana penerbit buku Nicole Choo, Eliza Teoh, terpaksa melalui tekanan sosial dek video tersebut.

Hirzi juga menggesa peminatnya sekiranya mereka telah memberikan kecaman dan tohaman terhadap Nicole Choo untuk memikul tanggungjawab dengan meminta maaf kepadanya.

.

Kenyataan Eliza Teoh yang menceritakan tentang keperitan menerima tomahan dek video tersebut menerima hampir 700 kongsian. Walaupun beliau dikecam teruk, beliau mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan. Kini, beliau memesan bahawa sekiranya anda seorang mangsa, usah takut membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Setakat ini, Nicole Choo belum lagi memberi sebarang tindak balas di socmednya.

Hmm… mungkin the FB group ‘Say NO to *****Hirzi’ made some points? IDK.

Sejauh ini, Dee Kosh belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang Nicole Choo. Pasti lagi sibuk dan tertekan dek kontroversi yang dilaluinya sekarang, masih panas!

Hirzi pulak dah bagi pendapatnya mengenai saga Dee Kosh.

Kata-kata yang bernas. Lebih munasabah berbanding anology yang dia tulis apabila krisis Xiaxue bulan lepas!

Oh wells, let’s enjoy this iconic tweet:

Korang dah tengok IGTV terbaru kami?

View this post on Instagram

Dee Kosh saga

A post shared by Pengkritik Sandiwara (@pengkritiksandiwara) on

Semakin banyak drama ye!!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar Header: Youtube & Nicole Choo)

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada 2020 tahun penuh kemaafan – Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s