Akan Datang: The Importance of Being Earnest oleh W!LD RICE

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Salah satu pementasan W!ld Rice pada 2020 ialah The Importance of Being Earnest yang bakal berlangsung pada 7 Febuari hingga 8 Mac!

Walaupun kisah ini tentang seorang jejaka yang cuba usha dan mengurat si gadis, menarik sekali, kesemua pelakon dalam persembahan ini… lelaki! Menarik kan? Bagaimana eh tu? (step konon homoseksualiti tak wujud)

Dua jejaka sekacak si Romeo ingin menarikkan lagi kehidupan mereka. Jack menciptakan seorag saudara, Ernest, di mana dia gunakan untuk lari daripada kehidupan bosannya dan mengusha Gwendolyn.

Kawan baiknya, Algernon juga mengambil nama Ernest dan mengusha Cecily pula.

Namun situasi menjadi huru-hara apabila rahsia mereka terbongkar, dan usaha mengusha mereka mungkin terganggu!

The Importance of Being Earnest yang kembali ke Singapura buat kali ke-3, pasti akan menghiburkan anda. Kisah ini penuh tawa, jenaka dan cinta dengan pelakon antarabangsa!

Pementasan ini pertama kali dipersembahkan pada 2009 dan semua tiket kehabisan! Dengan tiga anugerah di 2010 Life! Theatre Awards bagi Produksi Terbaik, Pelakon Sokongan Terbaik (Chua Enlai) dan Rekaan Kostum Terbaik (Frederick Lee)! Ia kemudian dipentaskan lagi pada 2013 di Singapura.

Haa… kalau dah menang banyak anugerah tu, kau rasa kau nak lepaskan peluang untuk tonton ke?

Dapatkan tiket anda di Sistic sekarang!

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s