Kupasan Pementasan: Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Selalunya, apabila menonton sebuah pementasan, seringkali monolog atau pun kisah yang dikongsikan dihidupkan oleh watak-watak.

Namun, dalam bahagian pertama persembahan double-bill Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts, pementasan ini dipersembahkan menerusi sesi bercerita.

Memang ia sesuatu perkara yang baru bagi saya. Lagi-lagi persembahan Tanah ini dalam Bahasa Cina.

Namun, pada ketika itu, saya benar-benar berharap bahawa mata saya boleh melihat ke dua arah.

Ke arah pentas di mana pencerita dan para pelakon/penari membuat persembahan mereka dan pada masa yang sama, membaca sari kata yang terletak di tepi pentas.

Agak sedikit sukar untuk diri saya menikmati pengalaman Tanah ini secara menyeluruh disebabkan ini.

Tetapi itu cuma masalah kecil dan peribadi saya. Kerana saya benar-benar menikmati jalan kisah Marmah ini.

Bukan selalu dapat dengar cerita rakyat berkisar Singapura dalam Bahasa Cina.

Photo by Zinkie Aw, courtesy of Drama Box

Cuma, kadang-kadang saya agak keliru akan pergerakan tarian oleh lima penari latar belakang yang muncul dalam busana ala-ala Game of Thrones itu.

Pergerakan mereka itu bukannya tiada kaitan dengan jalan cerita. Ada, cuma tidak langsung.

⭐️: 2.7/5


Bagi orang Melayu di Singapura, kita sering megeluh dan mengadu. Akan ketidakadilan yang wujud di Singapura.

Bagaimana bangsa kita dipinggirkan, diketepikan.

Namun, pementasan Air membuka mata dan menyedarkan kita. Bahawa nasib orang Melayu di Singapura boleh dikirakan beruntung. Kerana sekurang-kurangnya, kita dilayani seperti seorang rakyat.

Bukan seperti Orang Laut yang tiada tempat untuk dipanggil rumah.

Photo by Zinkie Aw, courtesy of Drama Box

Air membawa penonton mengikuti nasib Orang Asli Seletar, dari seawal mereka dikaji oleh pengkaji sehinggalah ke waktu kini.

Pada mulanya, semuanya kisah gembira. Tentang budaya mereka, cara mereka dan sebagainya. Bagaimana mereka begitu bangga dengan budaya mereka dan tidak ingin hidup di darat.

Namun, pemodenan pesat menjelma. Terpaksalah mereka berubah. Pada masa yang sama, Singapura dan Johor sudah tidak lagi satu. Undang-undang diperketatkan, mereka tiada tempat untuk mencari makan.

Laut yang mereka banggakan dulu menjadi kelemahan mereka. Kalau dulu, mereka berani campakkan anak mereka ke air, tanpa kerisauan. Kini, kolam air menjadi musuh mereka kerana anak mereka tidak lagi pandai menjadi Orang Laut.

Photo by Zinkie Aw, courtesy of Drama Box

Ini melambangkan kehilangan adat, budaya dan cara mereka.

Oleh kerana ingin maju dan inginkan hak, mereka terpaksa berpindah. Identiti mereka secara perlahan pudar. Tapi dalam jiwa mereka, ciri-ciri Orang Laut tetap dipegang teguh.

⭐️: 3.8/5

Memanglah amat menarik menonton kedua-dua pementasan ini yang menyingkap sejarah Singapura sempena Dwiabad. Sejarah Singapura yang kita tidak pernah selongkar.

Namun, adakah penonton akan rasa wang sebanyak $70 itu berbaloi setelah menonton pementasan di Taman Warisan Melayu ini?

Tepuk dada, tanya selera.

Tiket-tiket masih boleh didapati di sini.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s